Tuesday, December 28, 2010

Ziana Zain - Listed No 2 Favourite Celebrity 2010 by MH

Tahniah kepada The Songstress Diva - Ziana Zain apabila beliau telah di tempatkan di tangga kedua sebagai selebriti pilihan 2010 oleh majalah hiburan terkenal, Media Hiburan (MH). Pemilihan Ziana di tangga kedua tersebut adalah berdasarkan pencapaian beliau sepanjang tahun 2010 ini. Jika di singkap kembali perjalanan seni beliau sepanjang tahun ini, boleh dikatakan hampir semua cabang seni Ziana sudah terokai. Bermula dengan kemunculan perdananya sewaktu pelancaran portal hiburan Stailista di Palace of the Golden Horses, diikuti dengan pembabitan beliau dalam bidang teater iaitu Antara dan Gamat 2 sehinggalah kemunculan Filem terbaru beliau Magika yang memukau 4 juta penonton dan melayakkan beliau sebagai finalis Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM23. Ini ditambah lagi apabila beliau menjadi juara untuk program realiti Mentor musim keempat. Sepanjang musim perayaan juga, dapat dilihat kelibat Ziana mewarnai kaca televisyen apabila drama lakonannya Nur Kasih Di Jabal Rahmah dipertontonkan kepada umum. Kejayaan Ziana juga tidak terhenti di situ sahaja. Selain bidang nyanyian, teater, drama dan filem, bakat beliau juga dikesan dalam bidang fesyen. Ini dapat dibuktikan apabila beliau telah diundang ke Australia bagi pengambaran bersama barangan jenama terkenal Louis Vuitton (LV). Malah beliau juga telah diundang untuk menjayakan Malaysia International Fashion Week (MIFW) 2010 untuk memperagakan rangkaian koleksi pereka muda yang kian mencipta nama, Rizman & Ruzaini. Selain itu, Ziana yang terkenal sebagai jurucakap produk juga telah dilantik untuk tahun kelapan sebagai duta Slimworld. Selain Slimworld, Ziana dan seisi keluarganya pula telah dipilih untuk menjadi jurucakap produk penjagaan diri, Antabax. Maka tidak hairanlah, sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya, Ziana telah dianugerahkan pingat Jasa Bakti Seniman (JBS) oleh Yayasan Insan Melaka (YIM) di atas sumbangan dan bakti beliau. Syabas diucapkan kepada Ziana Zain. Semoga tahun 2011 ini bakal meneruskan kesinambungan kecemerlangan Ziana Zain.
LV photoshoot in Australia

Gamat Musical Theater
Antabax Ambassador

Musical Theater Antara

Champion of Mentor season 4
Stailista Launching
Musical Fantasy Film Magika
JBS award
MIFF runaway

No comments:

Post a Comment