Friday, December 31, 2010

Ziana Zain - Lights, Camera, Action!!

Selain mempunyai vokal yang mantap dan berjaya dalam bidang nyanyian, Ziana Zain juga sebenarnya merupakan pelakon yang hebat. Bakat lakonan beliau mula dikesan oleh pengarah dan penerbit filem terkenal, Dato Yusof Haslam sekitar tahun 1994 yang mana Ziana Zain telah diberi kepercayaan untuk membintangi filem beliau berjudul Sembilu. Sambutan hangat yang diraih filem tersebut telah menyebabkan pengarahnya untuk menghasilkan sequel filem tersebut yang berjudul Sembilu 2. Filem Sembilu 2 telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya mengutip 6.4 juta sekaligus menjadikan filem tersebut sebagai filem Melayu paling berjaya dan pengarahnya Dato Yusof Haslam telah digelar Six Million Dollar Man. Sehingga kini, 9 buah filem telah verjaya beliau lakonkan. Malah setiap filem lakonan beliau tidak pernah gagal mencapai kutipan box office. Jom kita saksikan setiap filem yang pernah dilakonkan oleh Ziana Zain.

Translation : Besides having a strong vocal and successful in the field of singing, Ziana Zain is actually a great actress. Her acting talent was first discovered by the famous film director and producer, Dato Yusof Haslam about the year 1994 which led her to star in his film entitled Sembilu. The overwhelming response led the film earned its director to produce a sequel film entitled Sembilu 2. Sembilu 2 has sparked unusual phenomenon when it is able to collect 6.4 million and became the most successful Malay film in history and its director Dato Yusof Haslam has called Six Million Dollar Man. For the time being, she had successfully involved in 9 films. In fact, every film she plays never fail to reach the box office proceeds. Now let us see every movie that ever played by Ziana Zain.

List of Ziana Zain's films:

Sembilu (1994)

Synopsis : Ziana Zain acted as seductive night club singer, who tried to seduce Awie and planned to ruin his relationship with his sweetheart, Wati (Erra Fazira). Ziana tries every means to win Awie's heart unfortunately she failed.

Awards : Ziana won Most Popular Supporting Actress in ABP 1995

$$ : 4.2 Million




Sembilu 2 (1995)

Role : After a failed the first attempt to seduce Awie, Ziana Zain never give up. She still determined to break up the relationship between Wati and Awie and hope that Awie will love her back. Ziana successfully resolved the relationships between Awie and Watie Unfortunately Awie did not return back to her. Ziana was disappointed and sorry.

Awards :
Ziana won Most Popular Supporting Actress in ABP 1996

$$ : 6.4 Million


Maria Mariana (1996)

Role :
Ziana Zain acted as Mariana who is wild and rebellious. Things change when Mariana meets Jefri (Edika Yusof) who shows concern and interest in her, but not for long . Soon he shifts his interest towards Maria instead

Awards : Ziana won Best Supporting Actress - Anugerah Skrin ke 2 1997

$$ : 4.7 million




Merah (1997)

Role : Ziana acted as Kasih a part-time counselor who try to help Merah (Awie) after he been released from prison on bank robbery offense. With the help from Kasih, Merah gained back his strength to pursue his life. Later, they both fall in love.

Awards : Ziana Zain nominated as Best Actress in Festival Filem Malaysia ke 13.

$$ : 1.5 Million




Maria Mariana 2 (1998)

Role : This film is the sequel for Maria Mariana. In this film, Ziana was totally changed after the incident that nearly took her sister's life. She is no more wild and rebellious. But this time around she try to give a lesson to those who had ruined her life.

Awards : Ziana won Most Popular Film Actress in ABP 1998

$$ : 3.2 Million



Sembilu 2005 (2005)

Role : Ziana Zain acted as Marina, elder sister of Salina (Hetty Sarlene) who is psychotic. She is very angry when she's discovered her sister had a relationship with the Chinese/English boy, Vince. Marina had experienced of being dumped by her boyfriend for English girl, the thing that haunted her till now.

$$ : 1.4 Million





Pontianak Menjerit (2005)

Role : Ziana acted as wife of Azlee (Senario Group), a businessman who is bitchy and fussy. Thing going worse is when Datuk Pengiran Abdul Rahman has asked his lawyer to find the people to inherit his fortune worth RM30 million. Beside his husband, her sudden step mother also eligible for that will. Later on they involved in fight over who is the right person for the will.

$$ : 1.2 Million





Qabil Khushry Qabil Igam (2007)

Role : Ziana Zain acted as Rani, a sister of Karisma who is supportive, feminine and love her sister very much. They both fall in love with non identical twins, Khushry and Igam. They plant to have a joint wedding however everything ruined when Igam was arrested on drug abuse offense.

$$ : 1.573 Million





Magika (2010)

Role : Ziana Zain acted as vogue Nenek Kebayan (witch). She had a follower, Awang Kenit. Nenek Kebayan had captured Malik, Ayu's brother to be used as her experiment which is to produce Essence of Youth made of human child’s tears.

Awards : Ziana Zain was nominated as Best Supporting Actress in Festival Filem Malaysia ke 23.

$$ : 4.1 Million






Ziana Zain - One of Most Stylistic Celebrity 2010 - Murai.com

Tahniah Sekali lagi buat Ziana Zain. Setelah dipilih di tangga kedua sebagai selebriti pilihan 2010, kini beliau di senaraikan pula sebagai antara selebriti paling stailista untuk tahun 2010. Memang diakui Ziana Zain sangat bijak dalam menentukan fesyen yang bersesuaian dengan karisma dan aura yang dimiliki beliau. Ziana Zain juga tidak pernah tersalah memilih fesyen baik ketika menghadiri mana-mana majlis anugerah mahupun ketika membuat lintasan karpet merah. Malah tidak keterlaluan dikatakan Ziana merupakan trendsetter bagi fesyen di Malaysia. Disebabkan itu juga, Ziana sering menjadi buruan pereka fesyen tempatan mahupun luar negara. Jika di imbas semula tahun 2010, dapat dilihat bahawa Ziana lebih selesa menggayakan gaun singkat paras lutut bercirikan hollywood glamor era 1940an yang menjadi trend masa kini. Syabas sekali lagi buat Ziana Zain. Semoga anda terus menjadi ikon dalam dunia fesyen.

Translation : Congratulations once again to Ziana Zain. After been selected as no 2 choice celebrity 2010 by popular entertainment magazine, Media Hiburan , now she is listed as one of the most stylistic celebrities for 2010. It cannot been denied that Ziana Zain had a good taste in determining an appropriate fashion regarding her charisma and the aura she possessed. She is also has not been wrong in order to choose a good fashion when attending any award ceremony or during a red carpet path. If we scan back in 2010, it's can be seen that Ziana is more comfortable to style short dresses with the concept of Hollywood glamor in 1940s era. Her good sense in fashion had made her a hot pick for local and International fashion designer. Well done Ziana Zain. May you continue to be an icon in the fashion world.

Wednesday, December 29, 2010

Down Memory Lane - Ziana Zain involves in Asian Voices album 1991, Japan

Ziana Zain masih belum puas
By Zainuri Misfar
Berita Harian

(27/03/1992)


Bagi Ziana Zain, terpilih menjadi salah seorang daripada 10 penyanyi Asia untuk projek Asia Voices tahun lalu memang membanggakan tetapi yang lebih penting sekarang, dia mahu album sulungnya - Madah Berhelah mendapat sambutan dan mampu sebaris dengan penyanyi lain yang sudah dikenali.

Bagaimanapun, dia bangga dapat mengharumkan nama negara menerusi projek Asia Voices itu, di samping meraih pengalaman untuk album terbarunya kelak. Album Asia Voices memuatkan lagu popular Jepun suatu ketika dahulu. Ziana membawakan lagu Chitose-bashi. Penyanyi lain yang terbabit ialah Raimond Choi yang membawakan lagu Dustin Hoffman; Rosanne Lui (12Bangui no carol); Boonie Lam (Kataomoi); Zann (Ikegami-sen); Chryssie (Long Version); Huang Jie Sung (Mizukagamito); Jessica Houng (Anokoro no mamani); Jiang Shi Heng (Ai no owari ni); Tito Soemarsono (Yatsusa-take) dan Odette Quesada (Tokyo). Mereka dari Singapura, Indonesia, Hong Kong, China, Filipina, Taiwan,Korea dan Jepun.

Album Asia Voices dipasarkan minggu lalu di Jepun dan setakat ini 75,000 unit sudah dijual. Mengenai lagu Chitose-bashi, Ziana berkata, kemungkinan lagu itu dimuatkan dalam album keduanya yang akan dimulakan bulan Mei ini. "Saya tidak tahu sama ada album Asia Voices akan dipasarkan di negara ini atau tidak, tetapi sudah dimaklumkan lagu Chitose-basi akan dirakamkan dalam album akan datang," katanya.

Jurucakap wakil BMG di Jepun, George Kagi berkata, artis Malaysia mempunyai potensi untuk menembusi pasaran seni suara di rantau Asia. "Pelbagai kegiatan serantau dalam bidang itu seperti Pesta Lagu Asia, Asia Bagus dan Asia Voice memberi peluang kepada artis Asia untuk menunjukkan bakat masing-masing," katanya. Misalnya, penyanyi Ziana Zain dikenal pasti mempunyai suara yang unik kerana dapat membawa lagu bernada tinggi, berbeza dengan penyanyi Jepun
yang jarang ada vokalis perempuan yang bernada tinggi. Katanya, dalam rancangan Asia Voice anjuran BMG Jepun, daripada 200 kaset yang dihantar dalam pertandingan itu, hanya sebelas yang terpilih, termasuk satu daripada Malaysia diwakili Ziana Zain. Kagi berkata, Ziana berjaya membawa lagu Jepun Chitosekashi dengan nada yang tinggi - konsep rancangan itu ialah memilih artis BMG di seluruh Asia dan memilih yang terbaik untuk dilatih sebagai artis antarabangsa.

Tuesday, December 28, 2010

Ziana Zain - Listed No 2 Favourite Celebrity 2010 by MH

Tahniah kepada The Songstress Diva - Ziana Zain apabila beliau telah di tempatkan di tangga kedua sebagai selebriti pilihan 2010 oleh majalah hiburan terkenal, Media Hiburan (MH). Pemilihan Ziana di tangga kedua tersebut adalah berdasarkan pencapaian beliau sepanjang tahun 2010 ini. Jika di singkap kembali perjalanan seni beliau sepanjang tahun ini, boleh dikatakan hampir semua cabang seni Ziana sudah terokai. Bermula dengan kemunculan perdananya sewaktu pelancaran portal hiburan Stailista di Palace of the Golden Horses, diikuti dengan pembabitan beliau dalam bidang teater iaitu Antara dan Gamat 2 sehinggalah kemunculan Filem terbaru beliau Magika yang memukau 4 juta penonton dan melayakkan beliau sebagai finalis Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM23. Ini ditambah lagi apabila beliau menjadi juara untuk program realiti Mentor musim keempat. Sepanjang musim perayaan juga, dapat dilihat kelibat Ziana mewarnai kaca televisyen apabila drama lakonannya Nur Kasih Di Jabal Rahmah dipertontonkan kepada umum. Kejayaan Ziana juga tidak terhenti di situ sahaja. Selain bidang nyanyian, teater, drama dan filem, bakat beliau juga dikesan dalam bidang fesyen. Ini dapat dibuktikan apabila beliau telah diundang ke Australia bagi pengambaran bersama barangan jenama terkenal Louis Vuitton (LV). Malah beliau juga telah diundang untuk menjayakan Malaysia International Fashion Week (MIFW) 2010 untuk memperagakan rangkaian koleksi pereka muda yang kian mencipta nama, Rizman & Ruzaini. Selain itu, Ziana yang terkenal sebagai jurucakap produk juga telah dilantik untuk tahun kelapan sebagai duta Slimworld. Selain Slimworld, Ziana dan seisi keluarganya pula telah dipilih untuk menjadi jurucakap produk penjagaan diri, Antabax. Maka tidak hairanlah, sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya, Ziana telah dianugerahkan pingat Jasa Bakti Seniman (JBS) oleh Yayasan Insan Melaka (YIM) di atas sumbangan dan bakti beliau. Syabas diucapkan kepada Ziana Zain. Semoga tahun 2011 ini bakal meneruskan kesinambungan kecemerlangan Ziana Zain.
LV photoshoot in Australia

Gamat Musical Theater
Antabax Ambassador

Musical Theater Antara

Champion of Mentor season 4
Stailista Launching
Musical Fantasy Film Magika
JBS award
MIFF runaway

Monday, December 27, 2010

Ziana Zain Bestowed the Jasa Bakti Seniman (JBS) by YIM

Sekalung tahniah buat Ziana Zain apabila di anugerahkan Pingat Jasa Bakti Seniman (JBS) oleh Yayasan Insan Melaka (YIM). Penganugerahan ini berdasarkan sumbangan besar beliau dalam industri seni negara. Memang tidak dinafikan, sepanjang tahun 2010, Ziana banyak terlibat dengan aktiviti seni. Dari nyanyian ke pentas teater, dari drama ke filem, semuanya Ziana galas dengan baik sekali. Malah sebelum menutup tirai 2010, beliau sempat menghadiahkan persembahan mantap single terbaru beliau Pawana semasa Anugerah Skrin 2010. Penganugerahan ini juga merupakan penganugerahan ke-empat diberikan kepada Ziana selepas Pingat Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) oleh Sultan Selangor 1996, Bintang Cemerlang Melaka (BCM) pada tahun 2001 dan Pingat Setia Ahmad Shah (SAP) oleh Sultan Pahang pada tahun 2005. Diharapkan penganugerahan ini akan membakar semangat Ziana untuk terus mengukir kejayaan di tahun 2011.

Translation: Millions of congratulations to Ziana Zain when she was awarded Jasa Bakti Seniman (JBS) by Yayasan Melaka Insan (YIM). This award based on her substantial contribution in the national arts industry. It is not denied, in the year 2010, Ziana has been involved in many performing arts. From live singing to theater stage , from drama to film, all been delivered well by Ziana. Moreover, this is the forth royal knighthood medal was given to her after the Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) by the Sultan of Selangor in 1996, Bintang Cemerlang Melaka (BCM) in 2001 and the Pingat Setia Ahmad Shah (SAP) by the Sultan of Pahang in 2005. Hopefully this award will continue to fire in the successful Ziana in 2011.