Thursday, April 29, 2010

Down Memory Lane - Ziana Zain won Voice of Asia 1995

Ziana with her winning Trophy
PENYANYI Ziana Zain mengharumkan nama negara apabila meraih tempat pertama pada pertandingan Voice Of Asia ke-6 yang diadakan di Stadium Medeu, Alma Ata, Kazakhstan, pada 25 - 30 Julai 1995. Pada malam yang bersejarah itu, Ziana mendapat giliran yang ke-13 untuk mengadakan persembahan.  Dalam satu temubual bersama stesen televisyen Channel 31, Kazakhstan, Ziana menyatakan :

"Saya tidak anggap angka 13, giliran yang tidak baik. Bagi saya semua nombor itu baik dan gembira mendapat giliran itu. Ia tidak terlalu awal dan tidak terakhir". Selama lapan (8) hari berada di Kazakhstan, Ziana diikat dengan jadual latihan yang ketat. Ziana memulakan persembahan pusingan pertama dengan mendendangkan lagu Bersama Akhirnya. 

Ziana Zain With Grand Prix Winner - Barth Beasley
Kejayaan Ziana makin terserlah pada malam kedua dengan mendendangkan lagu Ku Cinta Padamu. Kecermelangan Ziana berterusan di malam akhir apabila beliau menyanyikan lagu Anggapanmu. Kematangan Ziana mengubah suasana pertandigan umpama konsertnya sendiri memberi kelebihan markah di samping keunikan suaranya dalam memberi persaingan kepada para peserta lain yang menghidangkan teknik soprano.

Kejayaan beliau juga telah mendapat liputan meluas media. Ziana telah berjaya menewaskan 24 peserta dari 20 buah negara seluruh dunia termasuk Jepun, India dan Korea. Pemilihan lagu yang bersesuaian serta menepati kehendak pertandingan adalah kunci kejayaan penyanyi itu. Selain berjaya menggondol gelaran Voice of Asia, lagu bersama akhirnya juga telah dipilih sebagai lagu terbaik pada pertandingan tersebut. Pada malam itu, Grand Prix telah dimenangi oleh Penyanyi dari Amerika Syarikat, Barth Beasley, Tempat Pertama di menangi oleh Ziana Zain (Malaysia) dan Tempat Kedua dimenangi oleh Deyan Angeloff (Bulgaria).

Trivia :
  • Pertandingan Voice of Asia pertama kali diperkenalkan pada tahun 1990
  • Pada tahun 1993, Malaysia telah diwakili oleh Liza Aziz dan Ramziela namun gagal membawa sebarang kemenangan.
  • Pertandingan akhir acara ini diadakan di Pusat Sukan Stadium Medeu yang berusia 23 tahun dan merupakan salah sebuah kompleks sukan terunik di dunia kerana kedudukannya dibina di sebuah lembah di kelilingi gunung
  • Ramlah Ram telah terpilih untuk menjadi penyanyi undangan dan telah menyampaikan lagu Cinta Berdorai.
  • Ziana hanya tewas 3 mata dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Barth Beasley untuk memengangi gelaran Grand Prix di mana Ziana memperolehi 319 markah manakala Barth Beasley memperolehi 322 markah.
  • Ziana Zain merukan Artis Malaysia Pertama yang memenangi gelaran Voice of Asia dan dicatatkan dalam Malaysian Book of Records.


(Translation : Ziana had stroked the main award at the 6th International Singing Competition, Voice of Asia that been held on 25 - 30 July 1995 at Medeu Stadium, Alma Ata, Kazakhstan after defeating 24 contestants from 20 Asia's countries including Japan, India and Korea. She had sang 3 songs namely Bersama Akhirnya, Ku Cinta Padamu, and Anggapanmu during that competition. Besides won the main award in that festival, Ziana also had won the best song for Bersama Akhirnya. ) Difference mark between Ziana and Barth Beasley, the winner of Grand Prix only 3 marks where Ziana hot 319 marks whereas Barth got 322 marks respectively.






 



 Special Thanks to:
Berita Harian, 
Wiraaz2.multiply.com, 
mohdhaiqal.com, 
Zianafolks facebook
I_amkedahan


No comments:

Post a Comment