Follow by Email

Friday, May 7, 2010

Behind the scene - Hadirmu (Amarti e l'immenso per me)

Ingat tak lagi lagu Hadirmu ni? Lagu ini merupakan lagu duet antara Ziana dengan seorang pendatang baru bernama Izzaka. Lagu ini juga telah dimuatkan di dalam album kedua Ziana yang berjudul Ziana Zain. So ape yang special sangat pasal lagu ni? Bagi yang tak tau, lagu ini sebenarnya merupakan lagu cover version dari sebuah lagu Italy yang berjudul Amarti e l'immenso per me yang dinyanyikan oleh Eros Ramazzotti dan Antonella Bucci. Eros Ramazzotti merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik yang terkenal di Italy. Beliau telah banyak berkolaborasi dengan nama - nama besar industri muzik seperti Cher, Tina Turner, Andrea Bocelli, Patsy Kensit, Anastacia, Joe Cocker, Luciano Pavarotti, Laura Pausini, dan Ricky Martin. Beliau juga telah terlibat di dalam European Summer Festival di mana nama - nama besar seperti Elton John, dan Rod Stewart juga terlibat. Pencapaian terbesar beliau ialah apabila memenangi The Best International Male Artist of the year dalam Germany's Echo Music Awards. Lirik lagu Amarti e l'immenso per me telah di alih bahasa ke Bahasa Melayu oleh Nanee, pengurus Ziana ketika itu. Ok, bagi sesiapa yanag tak pernah dengar lagu ni, di bawah ni disertakan video lagu tersebut dalam dua versi, original dan cover version.:(A song Hadirmu in Ziana's second album is actually a cover version song from a famous rock singer Eros Ramazzotti and Antonella Bucci. The original song called Amarti e l'immenso per me, was recorded by Ziana together with new comer, Izzaka. The song gained sucessful airplay by many radio station. Now let take a listen to the original version and the cover version of Amarti e l'immenso)


(Original and Cover version of Amarti e l'immenso per me (Hadirmu))

Wednesday, May 5, 2010

Ziana Zain's Unplugged Concert at Jerudong Park Amphitheatre, Brunei

Pada 8 Jun 2002, Ziana Zain telah diberi mandat untuk menghiburkan peminatnya di Brunei. Kali ini lokasi yang dipilih bukan calang- calang lokasi. Tempat yang pernah memperlihatkan kehebatan Raja Pop Dunia, Michael Jackson beraksi iaitu Jerudong Park Amphitheatre, Brunei. Ini merupakan konsert kelima Ziana di sana selepas 4 konsert besarnya terdahulu seperti 96 Unplugged Concert, Mega tour Concert, Konsert Zon Perlindungan, dan Ziana Zain In the Park Concert. Sebanyak 22 buah lagu hits beliau telah diperdengarkan sepanjang konsert berlangsung. Antara lagu- lagu yang diperdengarkan ketika konsert tersebut ialah Madah berhelah, Anggapanmu, Bersama Akhirnya, Syurga di hati kita, Aku Cintakan Mu, lara dan sebuah lagu duet bersama Anuar Zain berjudul Hadirmu. Persembahan Ziana pada hari itu telah diiringi oleh 6 pemuzik handalan seperti Johari Teh, Jenny Chin, Mac Chew, Hilary Ang dan Gary Gideon. Ribuan peminat beliau telah membanjiri stadium untuk melihat sendiri penyanyi kesayang ramai ini. Ziana Zain juga turut mengundang dua penyanyi negara itu iaitu Ajis dan Tutty. Dalam kosert itu juga Ziana turut menyelitkan sebuah lagu arab yang berjudul Noor al Ain.

Translation :
On June 8, 2002 Ziana Zain had made a memorable concert in Brunei. Jerudong Park Amphitheatre, is a place where she had demonstrate her vocal prowess. Nevertheless, Jerudong Park Amphitheatre is the place where king of Pop, Michael Jackson(late) ever performed years before. A total of 22 memorable songs had been belted out by Ziana through out the concert. Ziana started out with 'Madah Berhelah', considered by many fans as her best ever song. The song demonstrated her vocal prowess, from low pitch to a high octave as required. She ended the concert with one arabic song which is noor al ain, a song by Amr Diab.

Read more at : Ziana has Brunei fans spell-bound

Sunday, May 2, 2010

Happy 42nd B'Day Ziana Zain (2 May 2010)



Selamat Hari lahir buat Diva kesayangan ramai ini. Pastinya pada usia 42 tahun ini, banyak liku -liku dan cabaran yang telah beliau rempuhi. Semoga beliau terus tabah dan terus bertahan untuk tahun - tahun mendatang. selamat hari lahir sekali lagi, Moga panjang umur dan dimurahi rezeki.

Thegreatavatar23

Saturday, May 1, 2010

Ziana Zain invited by FENDI to the Great Wall of China, Beijing

Pada 18 Oct 2007, Ziana Zain telah diundang ke Great Wall of China untuk menyaksikan pertunjukkan fesyen dari jenama terkenal FENDI.Ziana Zain merupakan satu satunya artis Malaysia yang diberi penghormatan untuk meyaksikan rekaan terbaru yang bertemakan Spring - Summer 2008 collection dari pereka terkenal Karl Lagerfeld dan Silvia Venturini Fendi. Selain Ziana, ramai lagi artis luar negara yang dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut seperti Zhang Zi Yi, Kate Bosworth, Thandie Newton dan Jeon Do Yeon. Malah Ziana juga sempat bergambar bersama Kate Bosworth. Semasa di sana juga, Ziana telah sempat membuat photo shoot untuk majalah GLAM. Banyak pose-pose yang menarik boleh dilihat di dalam majalah tersebut. Kiranya Ziana sangat bertuah sebab takde lagi artis Malaysia yang mendapat pengiktiran macam ni. Malah Ziana juga pada avatar, layak digelar Fashion Icon atau Trendsetter kerana ketrampilan beliau yang sering menjadi inspirasi pada bakat-bakat muda malah artis - artis senior. Jika dahulu kita ada Puan Seri Saloma sebagai Fashion Icon, kini kita berbangga mempunyai Ziana Zain. Ok, kepada peminat Ziana Zain, jom tengok sebahagian gambar yg terdapat dalam Malajah Glam tersebut

Transalation : Ziana Zain is the only Malaysia's singer who been invited to the FENDI Summer - Spring fashion show that been held in Great Wall of China, Beijing in 2007. This is such an honor to her since she is well known as a Fashion Icon in Malaysia. Besides Ziana, other International celebrities on that show are Kate Bosworth, Thandie Newton, Zhang Ziyi, and a Korean Superstar, Jeon Go Yeon. Now take a look at some of the pic taken during the photoshoot








Ziana Zain & InTrend made big splash during 4th Asian Print Awards, Shanghai, China

Ingat lagi tak dengan cover Majalah InTrend di sebelah ni? Majalah InTrend keluaran Ogos 2006. Majalah InTrend yang telah menggunakan Ziana Zain sebagai penghias muka depan majalah mereka tidak menyangka akan menggondol Anugerah Pra Percetakan Cemerlang di Anugerah Keempat Percetakan Asia, Shanghai China 2007. Kejayaan itu telah menyuntik semangat mereka untuk lebih bekerja keras. Bagi Ziana pula,kejayaan itu merupakan token buat dirinya. Anugerah Keempat Percetakan Asia ini berobjektif untuk memajukan industri percetakan Asia agar seiring dengan kepesatan teknologi yang digapai oleh barat. Sekalung tahniah diberikan kepada InTrend dan Ziana Zain. Bukan semua artis yang jadi cover girl boleh menang anugerah macam ni. Ini merupakan satu bonus buat Ziana Zain. Sejak kemenangan ini juga, banyak majalah lain yang berlumba-lumba nak ambil Ziana sebagai cover girl mereka. You rock gurl!!!!

Translation :
The 4th Asian Print Awards and the Awards Presentation Dinner are held in Shanghai, China in 11 November 2007. The event is graced by the who's who of the Asian graphic arts and packaging industries to witness and celebrate together with the winning companies who have achieved print excellence in their areas of expertise. In that event, InTrend Magazine had won Best Pre-Publishing Design Award which the cover for that issue is Ziana Zain, The Asia's Pop Queen.