Follow by Email

Saturday, November 21, 2015

Ziana Zain Collaborated With Zatu Emarld for Zayyen!

Penyanyi Ziana Zain mengumumkan kolaborasinya dengan jenama pakaian tempatan, Zatu Emerald sekaligus melancarkan koleksinya sendiri, Zayyen, di Flora Terrace di ibu kota baru-baru ini. Ziana dan pasukan kreatif Zatu Emerald bergabung idea untuk menghasilkan koleksi pakaian kasual yang praktikal dan sesuai dikenakan sama ada untuk ke pejabat, mahupun berliburan di hujung minggu bersama yang tersayang. Koleksi Zayyen menghimpunkan seleksi tudung, blazer, kardigan, top, palazzo selain jumpsuit untuk disuaipadan, bergantung kepada citarasa dan kehendak acara yang dihadiri. Rekaan dengan potongan yang ringkas namun masih mempunyai kelainan dari segi warna dan cara penggayaan. Ziana yang ditemui selepas peragaan fesyen koleksi itu menyatakan keterujaannya untuk berkongsi ilham dan minat dalam fesyen dengan pengikutnya yang telah sekian lama tertunggu-tunggu koleksi ini menjengah pasaran. “Saya melihat koleksi ini boleh dipakai mana-mana peringkat umur, apa jua bentuk badan, tak kira saiz badan, mampu milik, senang dipakai dan kain yang ringan dan selesa. Itu ciri-ciri penting yang saya tekankan untuk memberi keselesaan dan kepuasan kepada pembeli. “Saya menyumbangkan idea dalam penghasilan koleksi ini, manakala pasukan kreatif akan memberi pendapat berhubung penggunaan fabrik, rekaan dan semua hal berkaitan. Mereka akan memberi nasihat mengenai apa yang terbaik. Dari situ saya belajar sedikit demi sedikit tentang material digunakan,” katanya. Koleksi ini dijual bermula pada julat harga RM99 hingga RM700 kerana ada sesetengah helaian yang menggunakan batik cantingan tangan yang dihasilkan sendiri tenaga kreatif Zatu Emerald. Material satin crepe dan como crepe pula menjadi fabric pilihan memandangkan keselesaan dan kesesuaiannya untuk merealisasikan rekaan dimahukan. Paling mendapat perhatian adalah blazer batik gelap asimetri dengan lukisan batik geometri di bahagian depan. Cukup vibrant dalam masa sama masih formal dan elegan. Sesuai untuk wanita berlatar kerjaya korporat atau bidang kreatif, tiada batasan. Koleksi ini boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.zatuemerald.com ataupun menjengah ke laman Instagram rasmi mereka, @zatuemeraldofficial. Untuk sementara waktu, sebahagian koleksi perlu di-pra-pesan, bergantung kepada stok dan rekaan.

Saturday, March 22, 2014

Ziana Zain launched her fashion collaboration, #ZZforRR!

Asia's Pop Queen, Ziana Zain has launched her fashion collaboration called #ZZforRR. In this special project, Ziana Zain which also dubbed as Malaysian's Fashion Icon has collaborated with Malaysia's designing dynamic duo,  Rizman Ruzaini to come out with ready-to-wear collections. #ZZforRR is not only focus on the career women, it is also targeted at young people as Ziana Zain would like to see her collection worn by all ages. Designs featured are timeless sleek, classic and sophisticated. The choice of colors are more focused on the fall winter black , electric blue and dark brown. In term of material used, its ranged from chiffon up to wool suits with all ages. #ZZforRR collections come with 15 different designs and the price starts from RM179 to RM629. Signature blouse Z is the main design for this collection.To all fans out there, don't wait till end. Just get your piece while stock last. To place order please visit : https://www.rizmanruzaini.com/

Thursday, November 15, 2012

Down Memory lane - Ziana Zain In the Park Concert 2001

Utusan Malaysia
Nazrullah Rosli
Ziana Zain - Persembahan Masih Menarik
14/08/2001

MENGHAYATI persembahan Ziana Zain pada Konsert Dalam Tamannya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra malam kelmarin, tidaklah sesukar untuk mentaksirkan apa yang ingin diluahkan oleh penyanyi itu sendiri. Sekurang-kurangnya Ziana jujur dalam persembahannya. Bukan sesuatu yang janggal jika ada penyanyi meraih sedikit simpati atau setidak-tidaknya cuba memenangi hati khalayak yang menyaksikan persembahan mereka. Begitu juga Ziana. Menyelitkan kisah suka duka dalam dunia seni, peribadi dan keluarganya secara humorous dan sinikal tidaklah dianggap sesuatu yang luar biasa. Tidak keterlaluan, penguasaan diri, pentas dan menyelami jauh hati khalayak menjadi acuan penting dalam persembahan setiap penyanyi. Selain keistimewaannya memiliki vokal bernada nyaring, Ziana melengkapi dirinya sebagai seorang penghibur. Pengalaman hampir 10 tahun digunakan sepenuhnya oleh penyanyi itu untuk mempersembahkan apa yang difikirkan terbaik dan `kemestian' untuk diri serta peminat setianya.
Ziana ada cara mendekati peminatnya apabila lebih kerap berinteraksi petah dengan mereka. Ia dianggap sesuatu yang baik bagi seseorang penyanyi yang bergelar penghibur.
Cuma keterbawaan caranya menjejaskan sedikit konsentrasi persembahannya kerana sering bertukar pakaian. Barangkali penyanyi itu ada alasan memilih suasana dan waktu yang sesuai dalam persembahannya. Bagaimanapun, kelewatannya tidak menghilangkan selera penonton walaupun konsertnya hanya bermula pada pukul 9.30 malam. Konsert selama dua malam berturut-turut itu sememangnya ditunggu peminat setia Ziana yang kali terakhir muncul dengan album pada tahun 1999.
Dan Ziana cuba membuktikan dia masih seorang penyanyi terbaik yang pernah dilahirkan dalam industri muzik tanah air. Secara jujur juga, penyanyi itu mampu memberikan apa yang dikehendaki oleh peminatnya. Ini dibuktikan dengan penguasaan vokal bernada tingginya yang masih baik. Persembahan Ziana banyak digabungkan dengan lagu-lagu pop, balada, padang pasir dan tradisional yang memberi suatu kelainan. Disulami konsep alam semula jadi dijadikan hiasan propnya yang unik, Ziana memilih lagu pembukaannya berjudul Pusaka Rimba, bersesuaian dengan tema dan konsep persembahannya yang menampilkan unsur-unsur alam.
Lagu-lagu lain ialah Fatalistik, Dengarkanlah, Puncak Kasih, Nourul Aien, Kalau Mencari Teman, Bagai Gahara, lagu-lagu medley Anggapanmu, Kemelut Di Muara Kasih dan Korban Cinta, Menadah Gerimis, Aku Cintakanmu, Lara dan sebuah lagu Inggeris That's The Way It Is. Pada konsertnya itu juga, Ziana turut mengundang dan berduet dengan adiknya, Anuar menerusi lagu Kain Pelikat. Lagu Syurga Di Hati Kita menutup tirai persembahan Ziana.


Down Memory Lane - Konsert Zon Perlindungan Ziana 99

Utusan Malaysia
Ziana Zain...Lancar Album Bersama Ribuan Peminat
06 April 1999
 
BARANGKALI tidak banyak peminat berpeluang menyaksikan majlis pelancaran album seseorang penyanyi. Lazimnya, majlis seumpama itu diadakan secara tertutup di hotel-hotel terkemuka yang hanya dihadiri oleh pihak media, penerbit, wakil syarikat rakaman dan segelintir peminat bertuah.Penyanyi popular Ziana Zain mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk memuaskan hati para peminatnya. Sabtu lalu, penyanyi itu memberi kesempatan kepada ribuan peminatnya untuk hadir ke Konsert Zon Perlindungan Ziana Zain yang mana majlis pelancaran album terbarunya turut diadakan. ''Di samping dapat menonton konsert saya, peminat juga dapat melihat bagaimana majlis pelancaran album dibuat. Walaupun ia diadakan agak meriah kerana memilih Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tetapi saya fikir ia mampu memberi peluang kepada lebih ramai peminat saya untuk hadir,'' jelas Ziana.
 
Pada konsert yang berlangsung hampir dua jam itu, Dewan Merdeka PWTC penuh sesak dan ada di antara peminat Ziana yang terpaksa duduk di atas tangga. Katanya, dia terharu dengan sambutan yang diberikan oleh para peminatnya. Turut hadir pada konsert itu ialah penerbit dan pencipta lagu album terbaru Ziana Zain seperti Adnan Abu Hassan, Ly, Azmeer dan Johari Teh. Rakan-rakan artis yang datang menonton antaranya ialah penyanyi baru Nouri, Nanu dan juga Azwan Ali. Persembahan Ziana pada malam itu telah diiringi oleh empat pemuzik iaitu Ramli M.S., Samad (Lefthanded), Bong dan juga Gary. Dua penyanyi latar dan empat penari pengiring mengiringi persembahan Ziana pada malam itu.
Sebelum Ziana muncul, para penonton terlebih dahulu dihiburkan dengan penayangan klip video Puncak Kasih.
 
Selepas itu, Ziana muncul menyampaikan lagu pertamanya yang berirama rancak iaitu Satu Detik dan diikuti lagu terbaru berjudul Kesuma Hati serta seterusnya lagu yang pernah mempopularkan namanya iaitu Satu Persatu dan Puncak Kasih. Para peminat juga berpeluang menonton klip video terbaru Ziana berjudul Syurga Di Hati Kita. Agak menarik Ziana sendiri belum menonton klip video tersebut. Penyanyi itu turut menyampaikan lagu berentak joget iaitu Kalau Mencari teman dan tiga lagu terbarunya berjudul Penawar Semalu, Ada Suara Ada Cinta dan Syurga Di Hati Kita. Persembahan Ziana pada malam itu menampakkan beberapa perubahan ketara berbanding konsert solo penyanyi itu sebelum ini.
 
Ternyata Ziana lebih bijak berinteraksi tanpa terikat dengan skrip dan lagu persembahannya. Persembahan Ziana kali ini cukup menghiburkan walaupun adakalanya suara Ziana tenggelam timbul. Persembahan mantap Ziana menutup sedikit sebanyak kelemahan tersebut. Konsert Zon Perlindungan itu ditaja khas oleh syampu Head N' Shoulders, di mana Ziana merupakan model kepada iklan syampu tersebut. Rata-rata peminat yang hadir menonton konsert dan majlis pelancaran album Ziana merupakan pembeli syampu berjenama itu yang dibuat tukaran dua tiket percuma di kedai-kedai yang dipilih.