Monday, December 27, 2010

Ziana Zain Bestowed the Jasa Bakti Seniman (JBS) by YIM

Sekalung tahniah buat Ziana Zain apabila di anugerahkan Pingat Jasa Bakti Seniman (JBS) oleh Yayasan Insan Melaka (YIM). Penganugerahan ini berdasarkan sumbangan besar beliau dalam industri seni negara. Memang tidak dinafikan, sepanjang tahun 2010, Ziana banyak terlibat dengan aktiviti seni. Dari nyanyian ke pentas teater, dari drama ke filem, semuanya Ziana galas dengan baik sekali. Malah sebelum menutup tirai 2010, beliau sempat menghadiahkan persembahan mantap single terbaru beliau Pawana semasa Anugerah Skrin 2010. Penganugerahan ini juga merupakan penganugerahan ke-empat diberikan kepada Ziana selepas Pingat Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) oleh Sultan Selangor 1996, Bintang Cemerlang Melaka (BCM) pada tahun 2001 dan Pingat Setia Ahmad Shah (SAP) oleh Sultan Pahang pada tahun 2005. Diharapkan penganugerahan ini akan membakar semangat Ziana untuk terus mengukir kejayaan di tahun 2011.

Translation: Millions of congratulations to Ziana Zain when she was awarded Jasa Bakti Seniman (JBS) by Yayasan Melaka Insan (YIM). This award based on her substantial contribution in the national arts industry. It is not denied, in the year 2010, Ziana has been involved in many performing arts. From live singing to theater stage , from drama to film, all been delivered well by Ziana. Moreover, this is the forth royal knighthood medal was given to her after the Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) by the Sultan of Selangor in 1996, Bintang Cemerlang Melaka (BCM) in 2001 and the Pingat Setia Ahmad Shah (SAP) by the Sultan of Pahang in 2005. Hopefully this award will continue to fire in the successful Ziana in 2011.

No comments:

Post a Comment