Tuesday, April 14, 2015

30 Living Legends - Media Hiburan 2015




Bertempat di Hotel Pullman Bangsar, Majalah Media Hiburan telah melancarkan Buku koleksi khas 30 Living Legends bersempena ulangtahun ke-30 majalah hiburan tersebut. Ketika di tanya kriteria pemilihan untuk 30 Living Legends ini, Editor Meen Tahrin memberitahu selebriti yang dipilih adalah berdasarkan pencapaian anugerah yang di raih selain fenomena yang ditimbulkan oleh selebriti tersebut. Antara nama- nama besar selebriti tanahair yang tersenarai di dalam buku ini ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza (Voice of Asia), Datuk Shiela Majid (Queen of Jazz), Amelina (Queen of Dangdut), Ning Baizura (Queen of R&B), Chef Wan (World Class Chef), Salamiah Hassan (Little Miss Dynamite) dan Ziana Zain (Asia's Pop Queen). Selain itu dua (2) penyanyi dari Singapura juga turut tersenarai iaitu Datuk M Nasir (Music Maestro) dan Datuk Ramli Sarip (King of Rock)

Kredit - photo from Mynewshub