Wednesday, July 6, 2011

Ziana Zain: One of Panelists in "Simposium Hari Himpunan Bintang Kosmo/MyIPO" 2011

Ziana Zain, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia nyanyian, lakonan, teater dan peragaan. Selama 20 tahun mendambakan diri dalam indurti seni ini banyak pahit maung telah beliau tempuhi. Lantaran itu, beliau telah dipilih menjadi salah seorang ahli panel pada Simposium Hari Himpunan Bintang Kosmo!/MyIPO 2011 yang berlangsung di Double Tree by Hilton Hotel. Sebagai ahli panel, banyak pandangan telah beliau lontarkan khususnya berkenaan situasi industri muzik masa kini. Antara yang mendapat perhatian ialah cadanagan beliau supaya diwujudkan hanya satu persatuan yang mewakili semua golongan selebriti agar dapat membawa permasalahan ini ke pihak kementerian. Antara yang menyokong ialah pengacara terkenal, Roslan Shah:
"Sebaik-baiknya kita capaikan apa yang telah dikatakan oleh Ziana Zain tadi. Abang Roslan memang setuju sangat dengan kata-katanya agar diwujudkan satu persatuan yang akan membawa isu ini ke kementerian. Selebihnya, biar kementerian uruskan dan diharap ia dilaksanakan dengan baik. Bagi abang Roslan, cukup dengan satu persatuan sahaja, jika banyak sangat persatuan yang ditubuhkan, ramai artis akan keliru malah dikhuatiri isu ini tergendala dek kerana masalah lain timbul.

Sebagai anak seni kita teruskan apa yang ingin kita perjuangkan sekarang. Paling penting, tiga sikap iaitu jujur, ikhlas dan amanah itu perlu ada. Harapan saya, kita harus bersatu dan janganlah bergaduh antara satu sama lain. Akhir kata, marilah sama-sama melibatkan diri dalam persatuan yang dicadangkan oleh Ziana Zain justeru bersama-sama kita buat yang terbaik demi masa depan karyawan."

Kelantangan beliau dalam menyampaikan idea dan pandangan yang bernas ketika simposium tersebut telah menyebabkan beberapa pihak mencadangkan beliau sebagai ketua persatuan.

Sunday, July 3, 2011

Ziana Zain Bedazzled with Local Fashion Designers



Ziana Zain merupakan selebriti yang sering menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan ketika menghadiri mana-mana majlis anugerah. Malah mengikut pereka fashion terkenal, Rizalman, Ziana Zain merupakan selebriti yang telah mempopularkan rekaan tempatan. Kini, Ziana Zain telah pun berkerjasama dengan ramai pereka tempatan antaranya Rizalman, Rizman Ruzaini, Michael Ong, Zery Zambry, Hatta Dolmat, Syaiful Baharim, Bill Keith dan ramai lagi. Semoga Industri Fesyen Malaysia akan terus berkembang bersama Diva kesayangan ramai ini.

'Dengan harga yang lebih murah berbanding pakaian ciptaan pereka luar, saya mampu menampilkan gaya menarik ketika beraksi di pentas,''
Ziana Zain - Minggu Fesyen Malaysia (1998)