Follow by Email

Monday, November 10, 2014

Ziana Won All Time Favorite Cover during NONA Inspirasi 3 Dekad Event 2014

All Time Favourite Cover – ZIANA ZAIN

“Sesungguhnya saya amat terharu dan langsung tidak terfikir untuk menerima anugerah ini. Sebenarnya saya kagum melihat betapa Nona berjaya menjadi naskhah terbaik bagi membentuk wanita menjadi seorang yang lebih kental dalam menerima cabaran global masa kini,” bicara Ziana menyatakan dedikasi ucapan buat seluruh warga kerja Nona. Siapa menduga, sebenarnya kerap kali juga jelitawan ini menyulam karier di lembaran helaian Nona sebagai wadah perkongsian perkembangan terkini untut tatapan peminat dan pembaca. Bicara Ziana Zain, “Kali pertama berkolaborasi dengan Nona adalah pada awal 90-an. Saya masih ingat ketika itu saya menjadi penghias muka hadapan dengan memperagakan sepersalinan rona hijau. Di situlah titik mula jalinan persaudaraan antara Nona bermula. Sehingga kini Nona masih tidak melupakan saya.”

No comments:

Post a Comment