Follow by Email

Thursday, November 10, 2016

Ziana Zain Won Seiras Seirama Competition 2016

Peserta berasal dari Negeri Sembilan iaitu Azlina Aziz muncul sebagai juara program Seiras Seirama yang diadakan secara langsung di Studio Satu, Pusat Penyiaran Astro di sini, malam Ahad. Beliau yang memilih Ziana Zain sebagai Ikon telah membawa pulang RM20,000 berserta trofi. Pada peringkat akhir itu, Azlina menyampaikan lagu medley ikon pilihannya iaitu Tiada Kepastian dan Sangkar Cinta pada pusingan pertama. Manakala pada pusingan kedua, Azlina tampil dengan persembahan duet bersama Aweera menerusi lagu Senja Nan Merah. Dengan kemenangan tersebut, Azlina berjaya menumpaskan enam peserta lain iaitu Azri mewakili ikon Datuk Jamal Abdillah, Akira (Hafiz Suip), Norya (Mas Idayu), Zila (Ella), Azri (Faizal Tahir) dan Tyka (Misha Omar).

No comments:

Post a Comment