Friday, April 13, 2012

Ziana Zain WOWed the crowd at ABPBH25

Anugerah Bintang Popular beritah Harian ke 25 (ABPBH25) telah diadakan pada 8 April 2012 di Arena of Stars, Genting Highlands. Anugerah yang mengiktiraf selebriti dari sudut populariti ini telah ditonton lebih 5.3juta penonton sewaktu dipancarkan secara langsung menerusi TV3. Ramai selebriti hebat tanah air menghadirkan diri dengan pakaian bertemakan 'Larger than Life'. Antara selebriti yang mencuri tumpuan ialah Diva kesayangan ramai, Asia's pop Queen - Ziana Zain. Tampil anggun dengan busana hebat rekaan pereka terkenal, Zery Zamry, gaya Ziana benar-benar memukau hadirin. Malah pada malam itu juga Ziana telah dipilih memenangi Best Dressed yang membolehkan beliau membawa pulang set barangan kemas Rafflesia bernilai RM10,000. Selain dipilih sebagai best dressed, Ziana juga telah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Artis Wanita Anggun Bergaya Online menewaskan Fazura, Erra Fazira, Nora Danish dan Yuna. Undian yang dibuka mulai 13 Januari sehingga 19 Mac itu menyaksikan seramai 13,130 mengundi Ziana untuk kategori tersebut. Namun yang menjadi topik hangat pada malam kemuncak ABPBH25 itu ialah persembahan mantap Ziana Zain bersama vokalis The Typewriter, Azlan dalam mengalunkan lagu medley Anggapanmu dan Lagu Untukmu. Kawalan vokal yang mantap dan bersahut-sahutan telah mengundang jeritan dan sorakan para peminat di dewan tersebut. Malah selesai persembahan, hampir semua hadirin memberi Standing Ovation kepada kedua-dua penyanyi hebat ini. persembahan Ziana pada malam ABPBH25 itu juga telah menjadi Trending Worldwide dalam laman sosial Twitter dengan menduduki tangga ke 8. Tahniah Ziana Zain


No comments:

Post a Comment