Wednesday, December 21, 2011

Ziana Zain Voted as Best Dressed Celebrity at AIM 18

HADIR sebagai penyampai anugerah AIM18, penyanyi popular ini tidak melepaskan peluang bergaya melalui gaun kembang meleret sentuhan Rizman Ruzaini. Sering berkolaborasi dengan pereka fesyen terkenal itu, pesona Ziana memang memukau. Perincian manik pada bahagian dada dengan gaun kembang dari paras lutut ke bawah, tiada yang dapat menolak hakikat Ziana memang bijak bergaya.
Selepas berlangsungnya Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18), Akbar popular Berita Harian telah mengadakan undian menerusi laman web facebook - Berita Harian Online bagi memilih selebriti wanita paling bergaya sewaktu menghadiri Anugerah Industri Muzik ke - 18 baru-baru ini. Pengundi hanya perlu menekan butang 'like' pada gambar selebriti yang dirasakan paling bergaya. Undian telah dibuka selama satu 1 minggu iaitu bermula Sabtu hingga Rabu yg lalu. Seramai lapan selebriti telah di pilih iaitu Asia's Pop Queen, Ziana Zain, Neelofa, Fauziah Latiff, Yuna, Stacy, Diana Danielle, Amanda Imani dan Marsha. Daripada 8 artis tersebut Asia's Pop Queen, Ziana Zain telah dinobatkan sebagai Selebriti Paling Bergaya dengan undian 407 menewaskan Fauziah Latiff (tempat kedua - 182 undian) dan Stacy (tempat ketiga - 130 undian). Tahniah buat Ziana Zain.                                                            

Translation: After the 18th Anugerah Industri Muzik (AIM 18) had been held, Berita Harian, the most popular newspaper in Malaysia had organized a poll to choose which female celebrities will be crowned as Best Dressed of the Night. All fans are asked to cast their vote  through Berita Harian Online facebook which they only need to press "like' button towards their favorite celebrity. There are 8 celebrities had been chosen which are Asia's pop Queen - Ziana Zain, Neelofa, Stacy, Yuna, Marsha, Fauziah Latiff, Amanda Imani and Diana Danielle. from the list, finally Ziana Zain had been crowned as The Best Dressed Celebrity of the night after gained 407 votes defeated Fauziah Latiff, first runner-up (182 votes) and Stacy, Second runner-up (130 votes). Congratulation My Diva.                                                            

No comments:

Post a Comment