Showing posts with label Down Memory Lane. Show all posts
Showing posts with label Down Memory Lane. Show all posts
Monday, May 14, 2018
Saturday, March 31, 2018
Song of the Month - Chitose Bashi (千登勢橋) - Ziana Zain
Asia's Pop Queen, Ziana Zain belted out one of the famous
Japanese folks' song Chitose Bashi (千登勢橋) in an album "Asian
Voices" in year 1992. the original singer of this song is Mieko Nishijima
(西島三重子).
The song was composed by Nishijima herself and lyrics by Kenji Kadoya (門谷憲二).
Labels:
Album,
Asia,
Down Memory Lane,
Song of the month,
Ziana Zain
Thursday, November 15, 2012
Down Memory lane - Ziana Zain In the Park Concert 2001
Utusan Malaysia
Nazrullah Rosli
Ziana Zain - Persembahan Masih Menarik
14/08/2001
MENGHAYATI persembahan Ziana Zain pada Konsert Dalam Tamannya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra malam kelmarin, tidaklah sesukar untuk mentaksirkan apa yang ingin diluahkan oleh penyanyi itu sendiri. Sekurang-kurangnya Ziana jujur dalam persembahannya. Bukan sesuatu yang janggal jika ada penyanyi meraih sedikit simpati atau setidak-tidaknya cuba memenangi hati khalayak yang menyaksikan persembahan mereka. Begitu juga Ziana. Menyelitkan kisah suka duka dalam dunia seni, peribadi dan keluarganya secara humorous dan sinikal tidaklah dianggap sesuatu yang luar biasa. Tidak keterlaluan, penguasaan diri, pentas dan menyelami jauh hati khalayak menjadi acuan penting dalam persembahan setiap penyanyi. Selain keistimewaannya memiliki vokal bernada nyaring, Ziana melengkapi dirinya sebagai seorang penghibur. Pengalaman hampir 10 tahun digunakan sepenuhnya oleh penyanyi itu untuk mempersembahkan apa yang difikirkan terbaik dan `kemestian' untuk diri serta peminat setianya.
Ziana ada cara mendekati peminatnya apabila lebih kerap berinteraksi petah dengan mereka. Ia dianggap sesuatu yang baik bagi seseorang penyanyi yang bergelar penghibur.
Cuma keterbawaan caranya menjejaskan sedikit konsentrasi persembahannya kerana sering bertukar pakaian. Barangkali penyanyi itu ada alasan memilih suasana dan waktu yang sesuai dalam persembahannya. Bagaimanapun, kelewatannya tidak menghilangkan selera penonton walaupun konsertnya hanya bermula pada pukul 9.30 malam. Konsert selama dua malam berturut-turut itu sememangnya ditunggu peminat setia Ziana yang kali terakhir muncul dengan album pada tahun 1999.
Dan Ziana cuba membuktikan dia masih seorang penyanyi terbaik yang pernah dilahirkan dalam industri muzik tanah air. Secara jujur juga, penyanyi itu mampu memberikan apa yang dikehendaki oleh peminatnya. Ini dibuktikan dengan penguasaan vokal bernada tingginya yang masih baik. Persembahan Ziana banyak digabungkan dengan lagu-lagu pop, balada, padang pasir dan tradisional yang memberi suatu kelainan. Disulami konsep alam semula jadi dijadikan hiasan propnya yang unik, Ziana memilih lagu pembukaannya berjudul Pusaka Rimba, bersesuaian dengan tema dan konsep persembahannya yang menampilkan unsur-unsur alam.
Lagu-lagu lain ialah Fatalistik, Dengarkanlah, Puncak Kasih, Nourul Aien, Kalau Mencari Teman, Bagai Gahara, lagu-lagu medley Anggapanmu, Kemelut Di Muara Kasih dan Korban Cinta, Menadah Gerimis, Aku Cintakanmu, Lara dan sebuah lagu Inggeris That's The Way It Is. Pada konsertnya itu juga, Ziana turut mengundang dan berduet dengan adiknya, Anuar menerusi lagu Kain Pelikat. Lagu Syurga Di Hati Kita menutup tirai persembahan Ziana.
Labels:
Concert,
Down Memory Lane,
Ziana Zain
Down Memory Lane - Konsert Zon Perlindungan Ziana 99
Utusan Malaysia
Ziana Zain...Lancar Album Bersama Ribuan Peminat
06 April 1999
BARANGKALI tidak banyak peminat berpeluang menyaksikan majlis pelancaran album seseorang penyanyi. Lazimnya, majlis seumpama itu diadakan secara tertutup di hotel-hotel terkemuka yang hanya dihadiri oleh pihak media, penerbit, wakil syarikat rakaman dan segelintir peminat bertuah.Penyanyi popular Ziana Zain mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk memuaskan hati para peminatnya. Sabtu lalu, penyanyi itu memberi kesempatan kepada ribuan peminatnya untuk hadir ke Konsert Zon Perlindungan Ziana Zain yang mana majlis pelancaran album terbarunya turut diadakan. ''Di samping dapat menonton konsert saya, peminat juga dapat melihat bagaimana majlis pelancaran album dibuat. Walaupun ia diadakan agak meriah kerana memilih Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tetapi saya fikir ia mampu memberi peluang kepada lebih ramai peminat saya untuk hadir,'' jelas Ziana.
Pada konsert yang berlangsung hampir dua jam itu, Dewan Merdeka PWTC penuh sesak dan ada di antara peminat Ziana yang terpaksa duduk di atas tangga. Katanya, dia terharu dengan sambutan yang diberikan oleh para peminatnya. Turut hadir pada konsert itu ialah penerbit dan pencipta lagu album terbaru Ziana Zain seperti Adnan Abu Hassan, Ly, Azmeer dan Johari Teh. Rakan-rakan artis yang datang menonton antaranya ialah penyanyi baru Nouri, Nanu dan juga Azwan Ali. Persembahan Ziana pada malam itu telah diiringi oleh empat pemuzik iaitu Ramli M.S., Samad (Lefthanded), Bong dan juga Gary. Dua penyanyi latar dan empat penari pengiring mengiringi persembahan Ziana pada malam itu.
Sebelum Ziana muncul, para penonton terlebih dahulu dihiburkan dengan penayangan klip video Puncak Kasih.
Selepas itu, Ziana muncul menyampaikan lagu pertamanya yang berirama rancak iaitu Satu Detik dan diikuti lagu terbaru berjudul Kesuma Hati serta seterusnya lagu yang pernah mempopularkan namanya iaitu Satu Persatu dan Puncak Kasih. Para peminat juga berpeluang menonton klip video terbaru Ziana berjudul Syurga Di Hati Kita. Agak menarik Ziana sendiri belum menonton klip video tersebut. Penyanyi itu turut menyampaikan lagu berentak joget iaitu Kalau Mencari teman dan tiga lagu terbarunya berjudul Penawar Semalu, Ada Suara Ada Cinta dan Syurga Di Hati Kita. Persembahan Ziana pada malam itu menampakkan beberapa perubahan ketara berbanding konsert solo penyanyi itu sebelum ini.
Ternyata Ziana lebih bijak berinteraksi tanpa terikat dengan skrip dan lagu persembahannya. Persembahan Ziana kali ini cukup menghiburkan walaupun adakalanya suara Ziana tenggelam timbul. Persembahan mantap Ziana menutup sedikit sebanyak kelemahan tersebut. Konsert Zon Perlindungan itu ditaja khas oleh syampu Head N' Shoulders, di mana Ziana merupakan model kepada iklan syampu tersebut. Rata-rata peminat yang hadir menonton konsert dan majlis pelancaran album Ziana merupakan pembeli syampu berjenama itu yang dibuat tukaran dua tiket percuma di kedai-kedai yang dipilih.
Labels:
Concert,
Down Memory Lane,
Ziana Zain
Wednesday, November 14, 2012
Down Memory Lane - Ziana Zain's Mega Tour 1998
Utusan Malaysia,
Konsert Ziana tidak Sehebat Kos
05/10/1998
KONSERT pop Ziana Zain - Peter Stuyvesant Travel yang berlangsung malam kelmarin menyerlahkan kemantapan vokal penyanyi ini yang sememangnya sukar untuk ditandingi oleh penyanyi tempatan lain. Kelebihan penyanyi yang berusia 30 tahun ini yang memiliki vokal bernada tinggi, lantang dan bertenaga digunakan sepenuhnya oleh Ziana Zain pada persembahannya malam itu. Dia berjaya mempersembahkan lagu-lagu popularnya dengan silih berganti di antara lagu-lagu rancak dengan lagu-lagu yang berentak perlahan dengan baik dan berkesan. Malah, Ziana yang juga mempunyai kelebihan berkomunikasi berjaya berceloteh dengan para peminatnya. Dia tidak kekok untuk bergurau dan menjawab soalan-soalan mereka secara berjenaka. Justeru, konsert pada malam tersebut kalaupun tidak boleh dikatakan hebat, Ziana berjaya kerana dia menggunakan dua kelebihan yang dimiliki, vokal yang mantap dan cara berkomunikasi dengan para penonton. Mungkin sukar untuk menarik khalayak dalam sebuah konsert pop kerana muzik ini terlalu bersifat 'biasa'. Jarang terdapat lagu yang membenarkan para penonton untuk bangun menari atau sekadar menggoyangkan kepala mereka berbanding dengan sebuah konsert rock. Dengan jumlah kehadiran penonton sekitar 3,000 orang, konsert tersebut jika dilihat dari segi sambutannya, ia agak hambar. Walaupun Ziana mampu berceloteh dengan baik dan berjaya menyampaikan lagu dengan begitu mantap, bagaimanapun lagu-lagunya pula gagal mengajak penonton untuk bangun menari. Malah, dari awal konsert sehingga ke penghujungnya, tidak ada seorangpun penonton yang bangun menari, sebaliknya duduk bersopan di tempat duduk masing-masing.
Konsert yang dikatakan membabitkan jumlah RM4 juta itu mungkin juga tidak sehebat jumlah tersebut. Dekorasi pentasnya terlalu sederhana yang secara tidak langsung menyukarkan Ziana Zain untuk bergerak bebas. Ia bukan kesalahan Ziana kerana dia telah memberikan persembahan yang cukup baik. Malam kelmarin, Ziana yang memakai tiga persalinan telah membawakan 20 lagu-lagu popularnya yang bermula daripada album sulung sehingga ke album Puncak Kasih. Lagu-lagu tersebut ialah Ku Cinta Padamu, Madah berhelah, Riwayat Cintaku, Sangkar Cinta, Gerhana, Kemelut di Muara Kasih, Ada Cinta, Anggapanmu, Kekal, Putus Terpaksa, Kasihku Pertahankan, Satu Detik, Korban Cinta, Tiada Jodoh Antara Kita, Berpisah Jua, Kalau Mencari Teman, My Heart Will Go On, Bersama Akhirnya dan Puncak Kasih. Sebelum itu, Safura yang juga terkenal sebagai penyanyi yang bersuara lantang telah menyampaikan empat lagu termasuk Rinduku Semakin Kuat, Kala Cinta Itu Buta dan Sedalam Mana Cintamu.
Persembahan Ziana malam itu diiringi oleh pemuzik Fauzi Marzuki, Jenny Chin, Mac Chiew, Norman dan Louis Perkasa dengan iringan dua penyanyi latar. Konsert Ziana seterusnya di Tapak Pesta Sungai Nibong Pulau Pinang pada pukul 9 malam, 10 Oktober, dan Stadium tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) pada 24 Oktober, pada waktu yang sama.
Labels:
Concert,
Down Memory Lane,
Ziana Zain
Friday, November 9, 2012
Down Memory Lane - Ziana Zain Unplugged Concert 96
Ziana proves her ability
Belted out 13 songs in Life Centre,KL
KONSERT Ziana Zain: Unplugged yang
berlangsung di Life Centre, Kuala Lumpur, malam kelmarin, membuktikan keupayaan
penyanyi itu mengadakan konsert solonya yang pertama. Malah, konsert itu juga secara langsung
turut menampilkan peningkatan dan kematangan penyanyi itu dalam dunia muzik
setelah lebih enam tahun bergelar penyanyi. Walaupun pertama kali tampil pada konsert
solonya itu, Ziana dikira masih berupaya mengendalikan persembahannya.
Malah penyanyi bersuara nyaring dan
membawa lagu-lagu bernada tinggi itu masih mampu mengawal suaranya dengan baik
ketika menyampaikan beberapa lagu seumpama itu. Pada malam itu, Ziana menyampaikan 13 lagu
popularnya daripada tiga albumnya yang terdahulu termasuk sebuah lagu baru
Dekat Tapi Jauh berduet bersama penyanyi popular Indonesia, Broery
Marantika. Lagu itu ciptaan Johari Teh. Sepanjang persembahannya selama kira-kira
dua jam di pusat hiburan itu yang memuatkan hampir 2,000 penonton, Ziana tidak
putus-putus diberi tepukan gemuruh oleh para peminat setianya. Malah, mereka turut mengalunkan lagu
bersama-sama penyanyi itu. Broery yang diundang khas pada malam itu
turut menerima sambutan hangat daripada penonton ketika menyampaikan lagu
`hits'nya ciptaan A. Riyanto, Hati Yang Terluka. Ziana diiringi oleh kira-kira 20 pemuzik
profesional yang diketuai oleh Ramli MS, manakala kumpulan remaja Freshies
sebagai penyanyi latarnya. Sebanyak
tiga segmen ditampilkan pada malam itu. Segmen pertama dipenuhi dengan lagu-lagu
yang telah menaikkan namanya dalam dunia seni iaitu Sangkar Cinta, Madah
Berhelah, Kekal, Ku Cinta Padamu dan Anggapanmu. Segmen kedua menampilkan rangkaian lagu
daripada album ketiganya iaitu Mimpimu Buka Mimpiku, Kemelut Di Muara Kasih,
Setiaku Di Sini dan Di Sini Selamanya. Segmen ketiga diakhiri dengan
nyanyian Broery Marantika iaitu Hati Yang Terluka, lagu duet Ziana dan
Broery, Dekat Tapi Jauh, Korban Cinta dan Bersama
Akhirnya. Pada persembahannya itu, Ziana turut
menerima anugerah platinum berkembar tiga daripada album Setiaku Di Sini
yang telah dijual sebanyak 150,000 unit sejak diedarkan pada Ogos tahun
lalu.
Selain itu, konsertnya bertambah istimewa
apabila dia juga mengumumkan hari jadinya. Sementara itu, pada sidang akhbar selepas
konsertnya itu, Ziana menyifatkan konsertnya pada malam itu secara tidak
langsung membuka peluang kepada artis lain untuk turut berani menghasilkan
konsert `Unplugged' seumpama itu. Bagaimanapun, katanya, sesebuah konsert
yang akan dilakukan oleh mana-mana penyanyi, bukan bersandarkan kepada nama,
populariti atau berlandaskan wajah semata-mata. ``Apa yang penting ialah sama ada
seseorang penyanyi itu boleh atau tidak mengadakan konsertnya berdasarkan
pengalamannya sebagai artis,'' ujar Ziana. Bagaimanapun kata Ziana lagi, konsert
Unpluggednya itu bukan bertujuan untuk membuktikan sama ada dia terbaik
atau sebaliknya. ``Tafsiran tersebut hanya boleh dinilai
oleh penonton dan bergantung kepada mereka untuk mengatakan sejauh manakah
kemampuan saya ketika mengadakan persembahan pada konsert Unplugged
sulung saya ini,'' ujar Ziana. Ziana Zain turut mengakui masih terdapat
beberapa kelemahan yang ketara pada konsertnya malam itu terutamanya sewaktu
berinteraksi dengan penonton, dari segi melakukan `gimik' kepada mereka dan
kawalan suara.
Labels:
Concert,
Down Memory Lane,
Ziana Zain
Friday, October 26, 2012
Album - Setiaku Di Sini
Setiaku Di Sini lonjak nama Ziana
By Farihad Shalla Mahmud
Berita Harian
(26/ 10/ 2012)
Banyak sejarah yang tercipta sewaktu album ketiga Ziana Zain, Setiaku di Sini dihasilkan. Bukan sahaja mencatat rekod peribadi buat penyanyi bersuara lantang itu apabila jualannya mencatat lebih 200,000 unit, ia juga pencapaian terbaik buat penerbit album itu sendiri, Johari Teh. Album yang dihasilkan sekitar 1995 itu ialah projek pertamanya selepas bernaumg di bawah syarikat rakaman BMG. Sebelum itu, Johari bertugas di syarikat rakaman Sony Music. Memandangkan projek itu ibarat bayi sulungnya selepas bertukar tempat kerja, pastinya komposer ini ingin membuktikan sesuatu. Apabila dia ditugaskan menerbitkan album Ziana, peluang itu digunakan sepenuhnya untuk memberikan hasil terbaik buat penyanyi berkenaan dan dirinya sendiri. Kebetulan pada waktu itu, terlalu ramai artis hebat yang mewarnai industri nyanyian tanah air, sehingga membuatkan dia terpaksa bekerja keras mencari lagu yang bukan sahaja sesuai buat bintang berkenaan, malah mampu dijualsebanyak mungkin. "Album Ziana sebelum ini terjual dalam lingkungan 50,000 unit. Jadi, untuk album ketiga ini, saya cuba mencari formula terbaik supaya jualan album ini akan meningkat lagi. Bukan saja saya, Ziana juga turut tertekan kerana waktu itu ada ramai artis popular, sekaligus memberikan persaingan yang sengit. Jesteru dia kena pastikan album ini mampu menepati selera ramai. "Atas sebab itu, kami banyak berdebat sepanjang pembikinan album ini. Jika ada yang dia tak puas hati, Ziana juga akan bersuara. " Sebagai penerbit, kita dengar apa yang dikatakannya. Kalau cadangannya itu sesuai, kita ikut. Jika tidak, kita kekalkan apa yang ada," katanya kepada HIP.
Pilihan lagu diperketat
Memandangkan misi mereka cukup besar, Johari memberitahu pemilihan lagu untuk album ini dilakukan dengan sangat ketat. Hanya lagu terbaik disenarai pendek. " Kita mahu melahirkan killer album. Sebab itu tapisan ketat perlu dibuat. Ternyata usaha ini berbaloi apabila Ziana akhirnya dianugerahkan platinum berkembar empat apabila jualan album terbabit mencecah 200,000 unit. Lebih menggembirakan, kebanyakkan lagu dalam album ini disukai peminat, manakala lapan lagu Ziana layak untuk memasuki senarai pencalonan muzik-muzik pada musim itu. Bagaimanapun, Ziana terpaksa memilih 2 lagu terbaik saja, menyebabkan ada komposer berkecil hati apabila lagu mereka tidak dipilih," imbas Johari lagi. Selain berjaya menjadikan Ziana antara penyanyi hebat waktu itu, Johari juga buat kali pertama berpeluang bekerjasama dengan Datuk Ramli MS sewaktu penghasilan album itu.. Ramli ditugaskan membuat susunan muzikuntuk album Setiaku Di Sini. Antara lagu menarik yang dimuatkan dalam naskhah itu ialah Tiada Kepastian, Bersama Akhirnya, Sangkar Cinta, Kemelut Di Muara Kasih dan Setiaku Di Sini. Album bekernaan juga menampilkan komposer yang bukan calang-calang termasuk Saari Amri, Idzahar, Salman dan Zuriani.
Misteri Kulit Album
Setiaku Di Sini turut membawa tuah kepada Ziana apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik 1996. Bagi Ziana sendiri, merakamkan album berkenaan antara detik paling indah dalam hidupnya kerana dia perlu kembali kepada muzik yang memperkenalkan dirinya di persada seni, iaitu pop. "Album pertama saya tebal dengan nuansa pop, manakala album kedua pula mempunyai sentuhan R&B. Jadi, untuk menggembalikan semula jalur pop dalam album ketiga ini memang susah. "Jesteru, saya mengharap barisan lagu yang terbaik dan Alhamdullillah, apa yang saya mahukan termakbul. Inilah Killer Album buat diri saya," katanya mengulas projek yang menelan belanjan lebih RM50,000 ringgit itu. Berbanding sampul albumnya yang terdahulu, kali ini gambarnya sedikit unik iaitu menggambarkan Ziana dengan gaun hitam tanpa lengan, duduk santai di sebuah sofa. Mengulas perkara itu, Ziana berkata, dia sendiri terkejut selepas melihat produk akhirnya. "Bayangkan, dua kulit album sebelum ini memaparkan gambar saya yang besar. Namun kulit album ini pula gambar saya kecil, sebesar semut. Hairan juga kenapa gambar itu dibuat sekecil itu? Tapi selepas melihat satu demi satu gambar sayadalam sampul album, barulah saya teruja kerana peminat saya pasti puas dengan semua gambar yang dihasilkan," kata Ziana.
Pencapaian Album:
- Menerima Platinum Berkembar Empat untuk jualan melebihi 200,000 unit
- Lagu Bersama Akhirnya memenangi lagu terbaik di 5th Festival Music Voice of Asia, Kazakhstan
- Lagu Bersama akhirnya juga telah dipilih sebagai persembahan terbaik di Pertandingan Pujaan Hits 10 Nescafe 1996
- Memengani Vokal Terbaik di Dalam Album di Anugerah Industri Muzik 1996
Labels:
Album,
Down Memory Lane,
Ziana Zain
Tuesday, November 8, 2011
Down Memory Lane - Ziana with A Musical Salute to Disney 1996
Disney hits sung by familiar voices
By R.S. Murthy
News Straits Times
(19/04/1996)
There are three familiar voices on a new Walt Disney compilation which marks the first joint venture between a Malaysian and an international music company. The three voices are those of Ning Baizura, Ziana Zain and Jatt(former member of Singaporean rock band Black Dog Bone) who were given the opportunity to render four cover songs on the Musical Salute to Disney album. Comprising 16 of Disney's greatest hits, the album is a joint effort by BMG Malaysia and the Walt Disney Co. Among the numbers are the Pocahontas theme, Colours of the Wind by Ning Baizura, Can You Feel the Love Tonight (From The Lion King) by Jatt, A Whole New World ( from Aladdin) and Beauty and The Beast by Ziana and Jatt. The other songs include Hakuna Matata by Jimmy Cliff and Lebo M, Streets of Gold by Ruth Pointer, Whoomph! there it went by Tag team. The album also features Billy Joel, Elton John and Hellen Reddy. A music video clip for colours of the wind by Ning will also be released. The video will include footage from the original clips. According to Disney Consumer Product music and publishing manager for Malaysia, W.P Chow " The album is produced as part of long term localisation programmed." Chow hopes the album will be a step towards giving Malaysian Artistes a chance to showcase their talents on the international scene. He says there will be more such, affords, including Malay album of Disney songs to be released later this year. In conjunction with the release of Musical Salute to Disney, BMG is organizing a karaoke contest at Kerry's supermarket in Cheras and Jaya Jusco at One Utama in Petaling Jaya. The album will also be released in Singapore, Thailand and Indonesia.
By R.S. Murthy
News Straits Times
(19/04/1996)
There are three familiar voices on a new Walt Disney compilation which marks the first joint venture between a Malaysian and an international music company. The three voices are those of Ning Baizura, Ziana Zain and Jatt(former member of Singaporean rock band Black Dog Bone) who were given the opportunity to render four cover songs on the Musical Salute to Disney album. Comprising 16 of Disney's greatest hits, the album is a joint effort by BMG Malaysia and the Walt Disney Co. Among the numbers are the Pocahontas theme, Colours of the Wind by Ning Baizura, Can You Feel the Love Tonight (From The Lion King) by Jatt, A Whole New World ( from Aladdin) and Beauty and The Beast by Ziana and Jatt. The other songs include Hakuna Matata by Jimmy Cliff and Lebo M, Streets of Gold by Ruth Pointer, Whoomph! there it went by Tag team. The album also features Billy Joel, Elton John and Hellen Reddy. A music video clip for colours of the wind by Ning will also be released. The video will include footage from the original clips. According to Disney Consumer Product music and publishing manager for Malaysia, W.P Chow " The album is produced as part of long term localisation programmed." Chow hopes the album will be a step towards giving Malaysian Artistes a chance to showcase their talents on the international scene. He says there will be more such, affords, including Malay album of Disney songs to be released later this year. In conjunction with the release of Musical Salute to Disney, BMG is organizing a karaoke contest at Kerry's supermarket in Cheras and Jaya Jusco at One Utama in Petaling Jaya. The album will also be released in Singapore, Thailand and Indonesia.
Labels:
Album,
Asia,
Down Memory Lane,
Video
Down Memory Lane - Ziana to Penetrate International Market 1992
Asean Projects Love with Album
By Zieman
News Straits Times
(22/09/1992)
By Zieman
News Straits Times
(22/09/1992)
The various "Colours" of love, symbolising aspects of love, friendship, teamwork and peace - will be the theme of a new album to be launched soon. The album, Colors of Love to be released worldwide under the BMG-International label, will be produced by BMG Pacific Records of Malaysia. It features Asean talents - from the lyrics to the arrangements - the songs to be rendered by five BMG artistes from the Asean contries. They are Ziana Zain from Malaysia, Zann (Singapore), Kanakam Abhiradee (Thailand), Jo Awayan (Philippines), and Novia Kolopaking (Indonesia). According to producer-songwriter-arranger Zuriani Khalid, who was responsible for the album's name: 'Colours of Love' is not only the album's title but is also the group's name, the album's theme and the title of one of the songs. She adds: " This theme is conceptualised because of what is going on around the world, with so much hatred and war around. Hopefully, this message of love will reach everyone around the globe. This is a love-based project which emphasises the importance of love regardless of skin colour. The 30-year old producer feels it is not impossible for Asean artistes to get international recognition. "We have the talents here. The only area we are lacking in is discipline.
I dont think we should take a back seat. I also feel it is high time we established a certain standard of professionalism". says Zuriani, who has composed more than 50 songs. The singers, chosen by their respective record companies, will be singing mostly pop-oriented songs. This is because Zuriani finds working on such materials much easier; the songs also have a ready market. This album will mark a first Kl-born producer who spent 13 years abroad in economics and political science studies at Northern Illinois University. "I am glad the girls have fantastic chemistry. I also find their personalities just perfect for my songs". The composer has decided to let each singer render two songs. Twenty-six year old Kanakam Abhiradee (Bee), who has one solo album to her credit, sings the pop rock ballad I Am The Only One and Just Friends. Novia Kolopaking 19, will sing the ballad Dreaming Again and mid-tempo Field of Sunshine while Awayan, a seasoned club singer, will render the pop rock Dangerous Man and mid-tempo Love in Your Heart. Twenty-four-year-old Zann who has recorded one compilation album and a Mandarin album will do the pop-uptempo Singing My Heart Away and Heaven In You, a slow ballad. Ziana sing the R&B Feel Me Out and will duet on Groove Me with Jo Awayan. All five singers will join in to sing the little track Colours of Love.
![]() |
| From Left: Ziana, Zann, Jo, Bee and Novia |
Wednesday, December 29, 2010
Down Memory Lane - Ziana Zain involves in Asian Voices album 1991, Japan
Ziana Zain masih belum puas
By Zainuri Misfar
Berita Harian
(27/03/1992)
Bagi Ziana Zain, terpilih menjadi salah seorang daripada 10 penyanyi Asia untuk projek Asia Voices tahun lalu memang membanggakan tetapi yang lebih penting sekarang, dia mahu album sulungnya - Madah Berhelah mendapat sambutan dan mampu sebaris dengan penyanyi lain yang sudah dikenali.
Bagaimanapun, dia bangga dapat mengharumkan nama negara menerusi projek Asia Voices itu, di samping meraih pengalaman untuk album terbarunya kelak. Album Asia Voices memuatkan lagu popular Jepun suatu ketika dahulu. Ziana membawakan lagu Chitose-bashi. Penyanyi lain yang terbabit ialah Raimond Choi yang membawakan lagu Dustin Hoffman; Rosanne Lui (12Bangui no carol); Boonie Lam (Kataomoi); Zann (Ikegami-sen); Chryssie (Long Version); Huang Jie Sung (Mizukagamito); Jessica Houng (Anokoro no mamani); Jiang Shi Heng (Ai no owari ni); Tito Soemarsono (Yatsusa-take) dan Odette Quesada (Tokyo). Mereka dari Singapura, Indonesia, Hong Kong, China, Filipina, Taiwan,Korea dan Jepun.
Album Asia Voices dipasarkan minggu lalu di Jepun dan setakat ini 75,000 unit sudah dijual. Mengenai lagu Chitose-bashi, Ziana berkata, kemungkinan lagu itu dimuatkan dalam album keduanya yang akan dimulakan bulan Mei ini. "Saya tidak tahu sama ada album Asia Voices akan dipasarkan di negara ini atau tidak, tetapi sudah dimaklumkan lagu Chitose-basi akan dirakamkan dalam album akan datang," katanya.
Jurucakap wakil BMG di Jepun, George Kagi berkata, artis Malaysia mempunyai potensi untuk menembusi pasaran seni suara di rantau Asia. "Pelbagai kegiatan serantau dalam bidang itu seperti Pesta Lagu Asia, Asia Bagus dan Asia Voice memberi peluang kepada artis Asia untuk menunjukkan bakat masing-masing," katanya. Misalnya, penyanyi Ziana Zain dikenal pasti mempunyai suara yang unik kerana dapat membawa lagu bernada tinggi, berbeza dengan penyanyi Jepun
yang jarang ada vokalis perempuan yang bernada tinggi. Katanya, dalam rancangan Asia Voice anjuran BMG Jepun, daripada 200 kaset yang dihantar dalam pertandingan itu, hanya sebelas yang terpilih, termasuk satu daripada Malaysia diwakili Ziana Zain. Kagi berkata, Ziana berjaya membawa lagu Jepun Chitosekashi dengan nada yang tinggi - konsep rancangan itu ialah memilih artis BMG di seluruh Asia dan memilih yang terbaik untuk dilatih sebagai artis antarabangsa.
By Zainuri Misfar
Berita Harian
(27/03/1992)
Bagi Ziana Zain, terpilih menjadi salah seorang daripada 10 penyanyi Asia untuk projek Asia Voices tahun lalu memang membanggakan tetapi yang lebih penting sekarang, dia mahu album sulungnya - Madah Berhelah mendapat sambutan dan mampu sebaris dengan penyanyi lain yang sudah dikenali.Bagaimanapun, dia bangga dapat mengharumkan nama negara menerusi projek Asia Voices itu, di samping meraih pengalaman untuk album terbarunya kelak. Album Asia Voices memuatkan lagu popular Jepun suatu ketika dahulu. Ziana membawakan lagu Chitose-bashi. Penyanyi lain yang terbabit ialah Raimond Choi yang membawakan lagu Dustin Hoffman; Rosanne Lui (12Bangui no carol); Boonie Lam (Kataomoi); Zann (Ikegami-sen); Chryssie (Long Version); Huang Jie Sung (Mizukagamito); Jessica Houng (Anokoro no mamani); Jiang Shi Heng (Ai no owari ni); Tito Soemarsono (Yatsusa-take) dan Odette Quesada (Tokyo). Mereka dari Singapura, Indonesia, Hong Kong, China, Filipina, Taiwan,Korea dan Jepun.
Album Asia Voices dipasarkan minggu lalu di Jepun dan setakat ini 75,000 unit sudah dijual. Mengenai lagu Chitose-bashi, Ziana berkata, kemungkinan lagu itu dimuatkan dalam album keduanya yang akan dimulakan bulan Mei ini. "Saya tidak tahu sama ada album Asia Voices akan dipasarkan di negara ini atau tidak, tetapi sudah dimaklumkan lagu Chitose-basi akan dirakamkan dalam album akan datang," katanya.
Jurucakap wakil BMG di Jepun, George Kagi berkata, artis Malaysia mempunyai potensi untuk menembusi pasaran seni suara di rantau Asia. "Pelbagai kegiatan serantau dalam bidang itu seperti Pesta Lagu Asia, Asia Bagus dan Asia Voice memberi peluang kepada artis Asia untuk menunjukkan bakat masing-masing," katanya. Misalnya, penyanyi Ziana Zain dikenal pasti mempunyai suara yang unik kerana dapat membawa lagu bernada tinggi, berbeza dengan penyanyi Jepun
yang jarang ada vokalis perempuan yang bernada tinggi. Katanya, dalam rancangan Asia Voice anjuran BMG Jepun, daripada 200 kaset yang dihantar dalam pertandingan itu, hanya sebelas yang terpilih, termasuk satu daripada Malaysia diwakili Ziana Zain. Kagi berkata, Ziana berjaya membawa lagu Jepun Chitosekashi dengan nada yang tinggi - konsep rancangan itu ialah memilih artis BMG di seluruh Asia dan memilih yang terbaik untuk dilatih sebagai artis antarabangsa.
Thursday, August 12, 2010
Down Memory Lane - Ziana represent Malaysia at Asia Pop Queen Festival 1994 in Fukuoka & Hiroshima, Japan
Ziana Mahu Buktikan Keupayaan
by Zubairi Zabidin
Berita Harian
(27/09/1993)
ZIANA Zain yang terpilih ke Festival Asian Pop Queen anjuran NHK Jepun di Fukuoka dan Hiroshima, Jepun, selama tiga hari bermula 2 Oktober ini mahu membuktikan penyanyi Malaysia juga mampu menyerlah di peringkat antarabangsa. Lima penyanyi dari empat negara Asia mengambil bahagian. Selain Ziana yang mewakili Malaysia, Jepun menghantar dua artis manakala Indonesia dan Filipina seorang peserta.
Indonesia dijangka diwakili penyanyi popularnya, Hetty Koes Endang, manakala Filipina kumpulan remaja Smokey Mountain. Persembahan pertama di Fukuoka pada 2 dan 3 Oktober disiarkan secara langsung ke beberapa negara di Asia, manakala persembahan seterusnya ialah di Hiroshima pada 5 Oktober.
Pengurus Ziana, Nanee, yang mengiringi penyanyi itu berkata, mereka akan bertolak ke Jepun lebih awal iaitu esok (Selasa) untuk mengadakan latihan pesat dengan band pengiring yang disediakan penganjur. "Ziana berasa bangga kerana terpilih menyertai festival itu dan sekaligus memberi peluang kepadanya untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat dengan peminat seni suara negara itu. "Sebelum ini lagunya dalam bahasa Jepun berjudul Chitose Bashi, dimuatkan dalam album Asian Voice yang menampilkan persembahan artis beberapa negara Asia, sudah dijual di sana.
"Peluang keemasan ini tidak akan disia-siakan oleh Ziana, di samping mahu membuktikan kepada negara luar bahawa Malaysia juga mempunyai ramai artis yang berbakat."Setiap artis diberi masa 20 minit untuk mengadakan persembahan. Ziana
akan mendendangkan tiga lagu iaitu Anggapanmu, Kucinta Padamu dan lagu
Jepun Chitose Bashi," katanya.
Mengenai persiapan itu, menurut Nanee lagi, Ziana kini menjalani latihan pesat iaitu di segi vokal dan persembahan. "Kami menyediakan seorang yang pakar di bidang koreografi untuk mengajarnya kerana di samping memerlukan suara yang baik, persembahan yang menarik juga boleh memikat penonton," katanya.
Menjawab satu soalan lain, Nanee berkata, Ziana sudah membuat persetujuan untuk membintangi filem Sembilu arahan Yusof Haslam, keluaran Skop Production. "Insya-Allah, pulang dari Jepun, barulah majlis menandatangani kontrak diadakan. Sekarang Ziana sibuk dan abang Yusof sendiri faham dengan keadaan itu dan dia memberi kebebasan kepada kami."Walaupun Ziana sudah diterima berlakon, tetapi dia terpaksa mengadakan uji bakat yang bertujuan mengetahui setakat mana kemampuan penyanyi itu di
bidang lakonan.
"Ziana sendiri tidak berkecil hati apabila dia disuruh melakukannya kerana sebagai tuan punya syarikat dan juga pengarah filem itu, Yusof berhak berbuat sedemikian," katanya.
by Zubairi Zabidin
Berita Harian
(27/09/1993)
ZIANA Zain yang terpilih ke Festival Asian Pop Queen anjuran NHK Jepun di Fukuoka dan Hiroshima, Jepun, selama tiga hari bermula 2 Oktober ini mahu membuktikan penyanyi Malaysia juga mampu menyerlah di peringkat antarabangsa. Lima penyanyi dari empat negara Asia mengambil bahagian. Selain Ziana yang mewakili Malaysia, Jepun menghantar dua artis manakala Indonesia dan Filipina seorang peserta.Indonesia dijangka diwakili penyanyi popularnya, Hetty Koes Endang, manakala Filipina kumpulan remaja Smokey Mountain. Persembahan pertama di Fukuoka pada 2 dan 3 Oktober disiarkan secara langsung ke beberapa negara di Asia, manakala persembahan seterusnya ialah di Hiroshima pada 5 Oktober.
Pengurus Ziana, Nanee, yang mengiringi penyanyi itu berkata, mereka akan bertolak ke Jepun lebih awal iaitu esok (Selasa) untuk mengadakan latihan pesat dengan band pengiring yang disediakan penganjur. "Ziana berasa bangga kerana terpilih menyertai festival itu dan sekaligus memberi peluang kepadanya untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat dengan peminat seni suara negara itu. "Sebelum ini lagunya dalam bahasa Jepun berjudul Chitose Bashi, dimuatkan dalam album Asian Voice yang menampilkan persembahan artis beberapa negara Asia, sudah dijual di sana.
"Peluang keemasan ini tidak akan disia-siakan oleh Ziana, di samping mahu membuktikan kepada negara luar bahawa Malaysia juga mempunyai ramai artis yang berbakat."Setiap artis diberi masa 20 minit untuk mengadakan persembahan. Ziana
akan mendendangkan tiga lagu iaitu Anggapanmu, Kucinta Padamu dan lagu
Jepun Chitose Bashi," katanya.
Mengenai persiapan itu, menurut Nanee lagi, Ziana kini menjalani latihan pesat iaitu di segi vokal dan persembahan. "Kami menyediakan seorang yang pakar di bidang koreografi untuk mengajarnya kerana di samping memerlukan suara yang baik, persembahan yang menarik juga boleh memikat penonton," katanya.
Menjawab satu soalan lain, Nanee berkata, Ziana sudah membuat persetujuan untuk membintangi filem Sembilu arahan Yusof Haslam, keluaran Skop Production. "Insya-Allah, pulang dari Jepun, barulah majlis menandatangani kontrak diadakan. Sekarang Ziana sibuk dan abang Yusof sendiri faham dengan keadaan itu dan dia memberi kebebasan kepada kami."Walaupun Ziana sudah diterima berlakon, tetapi dia terpaksa mengadakan uji bakat yang bertujuan mengetahui setakat mana kemampuan penyanyi itu di
bidang lakonan.
"Ziana sendiri tidak berkecil hati apabila dia disuruh melakukannya kerana sebagai tuan punya syarikat dan juga pengarah filem itu, Yusof berhak berbuat sedemikian," katanya.
Thursday, April 29, 2010
Down Memory Lane - Ziana Zain won Voice of Asia 1995
| Ziana with her winning Trophy |
PENYANYI Ziana Zain mengharumkan nama negara apabila meraih tempat pertama pada pertandingan Voice Of Asia ke-6 yang diadakan di Stadium Medeu, Alma Ata, Kazakhstan, pada 25 - 30 Julai 1995. Pada malam yang bersejarah itu, Ziana mendapat giliran yang ke-13 untuk mengadakan persembahan. Dalam satu temubual bersama stesen televisyen Channel 31, Kazakhstan, Ziana menyatakan :
"Saya tidak anggap angka 13, giliran yang tidak baik. Bagi saya semua nombor itu baik dan gembira mendapat giliran itu. Ia tidak terlalu awal dan tidak terakhir". Selama lapan (8) hari berada di Kazakhstan, Ziana diikat dengan jadual latihan yang ketat. Ziana memulakan persembahan pusingan pertama dengan mendendangkan lagu Bersama Akhirnya.
Kejayaan Ziana makin terserlah pada malam kedua dengan mendendangkan lagu Ku Cinta Padamu. Kecermelangan Ziana berterusan di malam akhir apabila beliau menyanyikan lagu Anggapanmu. Kematangan Ziana mengubah suasana pertandigan umpama konsertnya sendiri memberi kelebihan markah di samping keunikan suaranya dalam memberi persaingan kepada para peserta lain yang menghidangkan teknik soprano.
Kejayaan beliau juga telah mendapat liputan meluas media. Ziana telah berjaya menewaskan 24 peserta dari 20 buah negara seluruh dunia termasuk Jepun, India dan Korea. Pemilihan lagu yang bersesuaian serta menepati kehendak pertandingan adalah kunci kejayaan penyanyi itu. Selain berjaya menggondol gelaran Voice of Asia, lagu bersama akhirnya juga telah dipilih sebagai lagu terbaik pada pertandingan tersebut. Pada malam itu, Grand Prix telah dimenangi oleh Penyanyi dari Amerika Syarikat, Barth Beasley, Tempat Pertama di menangi oleh Ziana Zain (Malaysia) dan Tempat Kedua dimenangi oleh Deyan Angeloff (Bulgaria).
(Translation : Ziana had stroked the main award at the 6th International Singing Competition, Voice of Asia that been held on 25 - 30 July 1995 at Medeu Stadium, Alma Ata, Kazakhstan after defeating 24 contestants from 20 Asia's countries including Japan, India and Korea. She had sang 3 songs namely Bersama Akhirnya, Ku Cinta Padamu, and Anggapanmu during that competition. Besides won the main award in that festival, Ziana also had won the best song for Bersama Akhirnya. ) Difference mark between Ziana and Barth Beasley, the winner of Grand Prix only 3 marks where Ziana hot 319 marks whereas Barth got 322 marks respectively.


"Saya tidak anggap angka 13, giliran yang tidak baik. Bagi saya semua nombor itu baik dan gembira mendapat giliran itu. Ia tidak terlalu awal dan tidak terakhir". Selama lapan (8) hari berada di Kazakhstan, Ziana diikat dengan jadual latihan yang ketat. Ziana memulakan persembahan pusingan pertama dengan mendendangkan lagu Bersama Akhirnya.
![]() |
| Ziana Zain With Grand Prix Winner - Barth Beasley |
Kejayaan beliau juga telah mendapat liputan meluas media. Ziana telah berjaya menewaskan 24 peserta dari 20 buah negara seluruh dunia termasuk Jepun, India dan Korea. Pemilihan lagu yang bersesuaian serta menepati kehendak pertandingan adalah kunci kejayaan penyanyi itu. Selain berjaya menggondol gelaran Voice of Asia, lagu bersama akhirnya juga telah dipilih sebagai lagu terbaik pada pertandingan tersebut. Pada malam itu, Grand Prix telah dimenangi oleh Penyanyi dari Amerika Syarikat, Barth Beasley, Tempat Pertama di menangi oleh Ziana Zain (Malaysia) dan Tempat Kedua dimenangi oleh Deyan Angeloff (Bulgaria).
Trivia :
- Pertandingan Voice of Asia pertama kali diperkenalkan pada tahun 1990
- Pada tahun 1993, Malaysia telah diwakili oleh Liza Aziz dan Ramziela namun gagal membawa sebarang kemenangan.
- Pertandingan akhir acara ini diadakan di Pusat Sukan Stadium Medeu yang berusia 23 tahun dan merupakan salah sebuah kompleks sukan terunik di dunia kerana kedudukannya dibina di sebuah lembah di kelilingi gunung
- Ramlah Ram telah terpilih untuk menjadi penyanyi undangan dan telah menyampaikan lagu Cinta Berdorai.
- Ziana hanya tewas 3 mata dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Barth Beasley untuk memengangi gelaran Grand Prix di mana Ziana memperolehi 319 markah manakala Barth Beasley memperolehi 322 markah.
- Ziana Zain merukan Artis Malaysia Pertama yang memenangi gelaran Voice of Asia dan dicatatkan dalam Malaysian Book of Records.
(Translation : Ziana had stroked the main award at the 6th International Singing Competition, Voice of Asia that been held on 25 - 30 July 1995 at Medeu Stadium, Alma Ata, Kazakhstan after defeating 24 contestants from 20 Asia's countries including Japan, India and Korea. She had sang 3 songs namely Bersama Akhirnya, Ku Cinta Padamu, and Anggapanmu during that competition. Besides won the main award in that festival, Ziana also had won the best song for Bersama Akhirnya. ) Difference mark between Ziana and Barth Beasley, the winner of Grand Prix only 3 marks where Ziana hot 319 marks whereas Barth got 322 marks respectively.


Special Thanks to:
Berita Harian,
Wiraaz2.multiply.com,
mohdhaiqal.com,
Zianafolks facebook
I_amkedahan
Wiraaz2.multiply.com,
mohdhaiqal.com,
Zianafolks facebook
I_amkedahan
Down Memory Lane - Ziana Zain first Asian Project [ SEA games album 1989]
The 15th Southeast Asia (SEA) games was held in Kuala Lumpur, Malaysia from 20 - 31 August 1989. In conjunction with the event, WEA had launched a special album title Kini Saatnya (It's time) which consists of 10 beautiful songs. Ziana Zain had been chosen as one of the artistes to render the song. Ziana had rendered a song entitle Lukisan Wajah Kasih which been composed by Akhbar Nawab and lyric by Talha Zukiman. Other than Ziana, other singers who involved in this project are Jay Jay, Douglas, Ramlah Ram, Noraliza Yusof, Rahim Maarof, Izhar the steps, and Ida. This is the first Asian project that Ziana get involved. During this time, she still use her full name, Siti Roziana Zin as her stage name.
Thursday, April 22, 2010
Down Memory Lane - Ziana been Offered to Record in Croatia 1996
![]() |
| Croatia Company interested in Ziana's talent |
Pada tahun 1996, Ziana telah diundang sekali lagi ke Kazakhstan sebagai artis undangan membuat persembahan. Mr Shasha, Pencipta lagu, dan orang kuat station radio Crotia telah melamar Ziana untuk merakamkan album di Croatia apabila beliau tertarik pada suara Ziana sewaktu menyertai pertandingan Voice of Asia. Mr Shasha juga merupakan salah seorang juri pada malam pertandingan tersebut. Walaubagaimanapun Ziana telah menolak lamaran tersebut kerana ingin meneruskan karier nyanyian di Malaysia. Pada tahun 2004, Ziana sekali lagi diundang ke Kazakhstan untuk membuat persembahan tetapi beliau telah menolaknya kerana komitment keluarga. (Translation : In 1996, Ziana once again been invited to Kazakhstan as a guest artist to perform during final of 6th international Song Festival Voice of Asia. Mr Shasha, music producer and one of right-hand mans in Croatia radio station had interested with Ziana's talent and offered her to produce an album for Croatia Music Market. Mr Shasha is also one of the juries during the 5th Voice of Asia. He starts noticing Ziana talent in that competition. However, Ziana had to reject the offer since she want to pursue her singing career in her homeland.) In 2004, Once again Ziana invited to the festival and for the second time she had to refused caused of family commitment.)
Labels:
Asia,
Awards,
Down Memory Lane,
Ziana Zain
Down memory Lane - Ziana is Listed in Malaysia Book of Records as First Female Singer to Win Voice of Asia Title
![]() |
| Ziana Listed in Malaysia Book of Records |
Selain berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, kemenangan itu juga melayakkan Ziana membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000 beserta trofi bersalut emas. Nama beliau juga telah di senaraikan di dalam Malaysia Book of Records sebagai Artis Wanita Pertama memenangi Voice of Asia. Malaysia Book of Records adalah umpama Guinness World Records yang mana menyenaraikan nama-nama rakyat Malaysia yang telah berjaya mencipta rekod tersendiri di Malaysia atau berjaya mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa. Turut bersama Ziana pada festival itu ialah penyanyi lagu Selamat Jalan Romeo, Ramlah Ram. Namun Ramlah tidak bertanding, sebaliknya menjadi artis undangan dengan menyampaikan lagu Cinta Berdorai dan Rindu Belaian. Naib juara pada pertandingan itu telah dimenangi oleh penyanyi dari Bulgaria, Deyan Angeloff yang menyanyikan lagu golden girl.
(Translation : By winning the title Voice of Asia, Ziana had granted a cash worth RM12,000 and gold plated trophy. Besides, her name also had been 'engraved' in Malaysia Book of Records as The First Female Singer To Win Voice of Asia.)
Labels:
Asia,
Awards,
Down Memory Lane,
Ziana Zain
Subscribe to:
Posts (Atom)







