Thursday, May 15, 2014
Saturday, May 10, 2014
Saturday, March 22, 2014
Ziana Zain launched her fashion collaboration, #ZZforRR!
Asia's Pop Queen, Ziana Zain has launched her fashion collaboration called #ZZforRR. In this special project, Ziana Zain which also dubbed as Malaysian's Fashion Icon has collaborated with Malaysia's designing dynamic duo, Rizman Ruzaini to come out with ready-to-wear collections. #ZZforRR is not only focus on the career women, it is also targeted at young people as Ziana Zain would like to see her collection worn by all ages. Designs featured are timeless sleek, classic and sophisticated. The choice of colors are more focused on the fall winter black , electric blue and
dark brown. In term of material used, its ranged from chiffon up to wool suits with all ages. #ZZforRR collections come with 15 different
designs and the price starts from RM179 to RM629. Signature blouse Z is the main design for this collection.To all fans out there, don't wait till end. Just get your piece while stock last. To place order please visit : https://www.rizmanruzaini.com/
Saturday, November 9, 2013
Saturday, June 15, 2013
Sunday, June 9, 2013
Tuesday, April 9, 2013
Thursday, November 22, 2012
Wednesday, November 21, 2012
Thursday, November 15, 2012
Down Memory lane - Ziana Zain In the Park Concert 2001
Utusan Malaysia
Nazrullah Rosli
Ziana Zain - Persembahan Masih Menarik
14/08/2001
MENGHAYATI persembahan Ziana Zain pada Konsert Dalam Tamannya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra malam kelmarin, tidaklah sesukar untuk mentaksirkan apa yang ingin diluahkan oleh penyanyi itu sendiri. Sekurang-kurangnya Ziana jujur dalam persembahannya. Bukan sesuatu yang janggal jika ada penyanyi meraih sedikit simpati atau setidak-tidaknya cuba memenangi hati khalayak yang menyaksikan persembahan mereka. Begitu juga Ziana. Menyelitkan kisah suka duka dalam dunia seni, peribadi dan keluarganya secara humorous dan sinikal tidaklah dianggap sesuatu yang luar biasa. Tidak keterlaluan, penguasaan diri, pentas dan menyelami jauh hati khalayak menjadi acuan penting dalam persembahan setiap penyanyi. Selain keistimewaannya memiliki vokal bernada nyaring, Ziana melengkapi dirinya sebagai seorang penghibur. Pengalaman hampir 10 tahun digunakan sepenuhnya oleh penyanyi itu untuk mempersembahkan apa yang difikirkan terbaik dan `kemestian' untuk diri serta peminat setianya.
Ziana ada cara mendekati peminatnya apabila lebih kerap berinteraksi petah dengan mereka. Ia dianggap sesuatu yang baik bagi seseorang penyanyi yang bergelar penghibur.
Cuma keterbawaan caranya menjejaskan sedikit konsentrasi persembahannya kerana sering bertukar pakaian. Barangkali penyanyi itu ada alasan memilih suasana dan waktu yang sesuai dalam persembahannya. Bagaimanapun, kelewatannya tidak menghilangkan selera penonton walaupun konsertnya hanya bermula pada pukul 9.30 malam. Konsert selama dua malam berturut-turut itu sememangnya ditunggu peminat setia Ziana yang kali terakhir muncul dengan album pada tahun 1999.
Dan Ziana cuba membuktikan dia masih seorang penyanyi terbaik yang pernah dilahirkan dalam industri muzik tanah air. Secara jujur juga, penyanyi itu mampu memberikan apa yang dikehendaki oleh peminatnya. Ini dibuktikan dengan penguasaan vokal bernada tingginya yang masih baik. Persembahan Ziana banyak digabungkan dengan lagu-lagu pop, balada, padang pasir dan tradisional yang memberi suatu kelainan. Disulami konsep alam semula jadi dijadikan hiasan propnya yang unik, Ziana memilih lagu pembukaannya berjudul Pusaka Rimba, bersesuaian dengan tema dan konsep persembahannya yang menampilkan unsur-unsur alam.
Lagu-lagu lain ialah Fatalistik, Dengarkanlah, Puncak Kasih, Nourul Aien, Kalau Mencari Teman, Bagai Gahara, lagu-lagu medley Anggapanmu, Kemelut Di Muara Kasih dan Korban Cinta, Menadah Gerimis, Aku Cintakanmu, Lara dan sebuah lagu Inggeris That's The Way It Is. Pada konsertnya itu juga, Ziana turut mengundang dan berduet dengan adiknya, Anuar menerusi lagu Kain Pelikat. Lagu Syurga Di Hati Kita menutup tirai persembahan Ziana.
Labels:
Concert,
Down Memory Lane,
Ziana Zain
Down Memory Lane - Konsert Zon Perlindungan Ziana 99
Utusan Malaysia
Ziana Zain...Lancar Album Bersama Ribuan Peminat
06 April 1999
BARANGKALI tidak banyak peminat berpeluang menyaksikan majlis pelancaran album seseorang penyanyi. Lazimnya, majlis seumpama itu diadakan secara tertutup di hotel-hotel terkemuka yang hanya dihadiri oleh pihak media, penerbit, wakil syarikat rakaman dan segelintir peminat bertuah.Penyanyi popular Ziana Zain mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk memuaskan hati para peminatnya. Sabtu lalu, penyanyi itu memberi kesempatan kepada ribuan peminatnya untuk hadir ke Konsert Zon Perlindungan Ziana Zain yang mana majlis pelancaran album terbarunya turut diadakan. ''Di samping dapat menonton konsert saya, peminat juga dapat melihat bagaimana majlis pelancaran album dibuat. Walaupun ia diadakan agak meriah kerana memilih Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tetapi saya fikir ia mampu memberi peluang kepada lebih ramai peminat saya untuk hadir,'' jelas Ziana.
Pada konsert yang berlangsung hampir dua jam itu, Dewan Merdeka PWTC penuh sesak dan ada di antara peminat Ziana yang terpaksa duduk di atas tangga. Katanya, dia terharu dengan sambutan yang diberikan oleh para peminatnya. Turut hadir pada konsert itu ialah penerbit dan pencipta lagu album terbaru Ziana Zain seperti Adnan Abu Hassan, Ly, Azmeer dan Johari Teh. Rakan-rakan artis yang datang menonton antaranya ialah penyanyi baru Nouri, Nanu dan juga Azwan Ali. Persembahan Ziana pada malam itu telah diiringi oleh empat pemuzik iaitu Ramli M.S., Samad (Lefthanded), Bong dan juga Gary. Dua penyanyi latar dan empat penari pengiring mengiringi persembahan Ziana pada malam itu.
Sebelum Ziana muncul, para penonton terlebih dahulu dihiburkan dengan penayangan klip video Puncak Kasih.
Selepas itu, Ziana muncul menyampaikan lagu pertamanya yang berirama rancak iaitu Satu Detik dan diikuti lagu terbaru berjudul Kesuma Hati serta seterusnya lagu yang pernah mempopularkan namanya iaitu Satu Persatu dan Puncak Kasih. Para peminat juga berpeluang menonton klip video terbaru Ziana berjudul Syurga Di Hati Kita. Agak menarik Ziana sendiri belum menonton klip video tersebut. Penyanyi itu turut menyampaikan lagu berentak joget iaitu Kalau Mencari teman dan tiga lagu terbarunya berjudul Penawar Semalu, Ada Suara Ada Cinta dan Syurga Di Hati Kita. Persembahan Ziana pada malam itu menampakkan beberapa perubahan ketara berbanding konsert solo penyanyi itu sebelum ini.
Ternyata Ziana lebih bijak berinteraksi tanpa terikat dengan skrip dan lagu persembahannya. Persembahan Ziana kali ini cukup menghiburkan walaupun adakalanya suara Ziana tenggelam timbul. Persembahan mantap Ziana menutup sedikit sebanyak kelemahan tersebut. Konsert Zon Perlindungan itu ditaja khas oleh syampu Head N' Shoulders, di mana Ziana merupakan model kepada iklan syampu tersebut. Rata-rata peminat yang hadir menonton konsert dan majlis pelancaran album Ziana merupakan pembeli syampu berjenama itu yang dibuat tukaran dua tiket percuma di kedai-kedai yang dipilih.
Labels:
Concert,
Down Memory Lane,
Ziana Zain
Subscribe to:
Posts (Atom)





