Tuesday, December 28, 2010

Ziana Zain - Listed No 2 Favourite Celebrity 2010 by MH

Tahniah kepada The Songstress Diva - Ziana Zain apabila beliau telah di tempatkan di tangga kedua sebagai selebriti pilihan 2010 oleh majalah hiburan terkenal, Media Hiburan (MH). Pemilihan Ziana di tangga kedua tersebut adalah berdasarkan pencapaian beliau sepanjang tahun 2010 ini. Jika di singkap kembali perjalanan seni beliau sepanjang tahun ini, boleh dikatakan hampir semua cabang seni Ziana sudah terokai. Bermula dengan kemunculan perdananya sewaktu pelancaran portal hiburan Stailista di Palace of the Golden Horses, diikuti dengan pembabitan beliau dalam bidang teater iaitu Antara dan Gamat 2 sehinggalah kemunculan Filem terbaru beliau Magika yang memukau 4 juta penonton dan melayakkan beliau sebagai finalis Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM23. Ini ditambah lagi apabila beliau menjadi juara untuk program realiti Mentor musim keempat. Sepanjang musim perayaan juga, dapat dilihat kelibat Ziana mewarnai kaca televisyen apabila drama lakonannya Nur Kasih Di Jabal Rahmah dipertontonkan kepada umum. Kejayaan Ziana juga tidak terhenti di situ sahaja. Selain bidang nyanyian, teater, drama dan filem, bakat beliau juga dikesan dalam bidang fesyen. Ini dapat dibuktikan apabila beliau telah diundang ke Australia bagi pengambaran bersama barangan jenama terkenal Louis Vuitton (LV). Malah beliau juga telah diundang untuk menjayakan Malaysia International Fashion Week (MIFW) 2010 untuk memperagakan rangkaian koleksi pereka muda yang kian mencipta nama, Rizman & Ruzaini. Selain itu, Ziana yang terkenal sebagai jurucakap produk juga telah dilantik untuk tahun kelapan sebagai duta Slimworld. Selain Slimworld, Ziana dan seisi keluarganya pula telah dipilih untuk menjadi jurucakap produk penjagaan diri, Antabax. Maka tidak hairanlah, sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya, Ziana telah dianugerahkan pingat Jasa Bakti Seniman (JBS) oleh Yayasan Insan Melaka (YIM) di atas sumbangan dan bakti beliau. Syabas diucapkan kepada Ziana Zain. Semoga tahun 2011 ini bakal meneruskan kesinambungan kecemerlangan Ziana Zain.
LV photoshoot in Australia

Gamat Musical Theater
Antabax Ambassador

Musical Theater Antara

Champion of Mentor season 4
Stailista Launching
Musical Fantasy Film Magika
JBS award
MIFF runaway

Monday, December 27, 2010

Ziana Zain Bestowed the Jasa Bakti Seniman (JBS) by YIM

Sekalung tahniah buat Ziana Zain apabila di anugerahkan Pingat Jasa Bakti Seniman (JBS) oleh Yayasan Insan Melaka (YIM). Penganugerahan ini berdasarkan sumbangan besar beliau dalam industri seni negara. Memang tidak dinafikan, sepanjang tahun 2010, Ziana banyak terlibat dengan aktiviti seni. Dari nyanyian ke pentas teater, dari drama ke filem, semuanya Ziana galas dengan baik sekali. Malah sebelum menutup tirai 2010, beliau sempat menghadiahkan persembahan mantap single terbaru beliau Pawana semasa Anugerah Skrin 2010. Penganugerahan ini juga merupakan penganugerahan ke-empat diberikan kepada Ziana selepas Pingat Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) oleh Sultan Selangor 1996, Bintang Cemerlang Melaka (BCM) pada tahun 2001 dan Pingat Setia Ahmad Shah (SAP) oleh Sultan Pahang pada tahun 2005. Diharapkan penganugerahan ini akan membakar semangat Ziana untuk terus mengukir kejayaan di tahun 2011.

Translation: Millions of congratulations to Ziana Zain when she was awarded Jasa Bakti Seniman (JBS) by Yayasan Melaka Insan (YIM). This award based on her substantial contribution in the national arts industry. It is not denied, in the year 2010, Ziana has been involved in many performing arts. From live singing to theater stage , from drama to film, all been delivered well by Ziana. Moreover, this is the forth royal knighthood medal was given to her after the Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) by the Sultan of Selangor in 1996, Bintang Cemerlang Melaka (BCM) in 2001 and the Pingat Setia Ahmad Shah (SAP) by the Sultan of Pahang in 2005. Hopefully this award will continue to fire in the successful Ziana in 2011.

Saturday, November 6, 2010

Ziana Zain at Malaysia International Fashion Week (MIFW) 2010

Sekali lagi Ziana Zain telah diberi pengiktirafan dalam bidang fesyen selepas pengambaran bersama Louis Vuitton di Australia Oktober lalu. Kali ini, Ziana bakal melakukan catwalk sempena Malaysia International Fashion Week (MIFW) 2010. Ziana dipilih oleh pereka fesyen terkenal, Rizman & Ruzaini untuk memperagakan koleksi mereka yang bertemakan Glamor Hollywood. Berinspirasikan keindahan fesyen hollywood sekitar tahun 1940an, Rizman Ruzaini berjaya menterjemahkan fesyen tersebut dalam rekaan terbaru beliau. Malah apabila digayakan oleh Diva terkenal, Ziana Zain, menambahkan aura dalam koleksi tersebut. Langkah yang diatur Ziana di pentas peragaan tersebut telah mendapat tepukan gemuruh peminat dan wakil media. Tahniah Ziana Zain!

Translation : Once again, Ziana had been given the recognition in fashion arena after she did a photoshoot with Louis Vuitton in Australia. This time around, she will do the runways during Malaysia International Fashion Week 2010 that been held in Pavalion, Kuala Lumpur. She is a muse for famous designer Rizman and Ruzaini (RR). Rizman Ruzaini had chosen Hollywood Glamor as a theme for their new collection. The beauty of 1940s style had inspired them to come out with magnificence collection
.


Saturday, October 30, 2010

Trial

Ziana Zain - Top 5 in Best Supporting Actress (FFM23)


 Ziana Zain buat kali keduanya tercalon di Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23). Beliau dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Magika bersama 4 lagi calon iaitu Lisa Surihani, Fazura, Yana Samsudin dan Raja Farah. Ini merupakan nominasi kali kedua beliau di anugerah berprestej tersebut setelah dicalonkan kali pertamanya pada FFM 13 menerusi filem Merah untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik. Walaupun pada awalnya nama beliau dicanang-canang bakal menggenggam anugerah tersebut, namun beliau terpaksa akur apabila rezeki berpihak kepada Yana Samsuddin. Walaubagaimanapun filem Magika telah diangkat sebagai filem terbaik FFM23. Tahniah KRU.Tahniah juga Ziana.

Translation : Ziana Zain was nominated for the second time in the Malaysian Film Festival (FFM 23). She was nominated for Best Supporting Actress category through Magika movie with 4 other candidates, namely Lisa Surihani, Fazura, Yana Samsudin and Raja Farah. This is her second nomination in this prestigious awards after being nominated for the first time in FFM13 through Merah (Red) for the Best Actress category. Although many predicted that she will win, she had to give away to Yana Samsuddin for the category. However Magika film has been awarded as the best film in FFM23. Congratulations to KRU and Ziana Zain.


Ziana Zain during FFM23

Source : Ziana Zain facebook

Thursday, September 30, 2010

Ziana Zain - Awards & Accolades




Awards
1984 - Winner of Bintang Selangor Singing Competition
1994 - Most Popular Supporting Actress - Anugerah Bintang Popular (ABPBH)


1995 - Voice of Asia,Almathy, Kazakhstan
         - Most Popular Artiste - Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
         - Most Popular Female Singer - Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
         - Most Popular Supporting Actress - Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
         - Most Popular TV Entertainer  - Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
         - Best Vocal Performance in an Album (Female) - Anugerah Industri Muzik (AIM)


1996 - Golden Voice Awards - Asian Song Festival, Tokyo, Japan
         - Most Popular Artist - Singapore Music Awards
         - Most Popular Female Solo Song - Korban Cinta - Singapore Music Awards
         - Most Popular Female Singer - Anugerah Ria, RIA 89.7 FM, Singapore
         - Most Popular Film Actress - Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
         - Sexiest Female Artiste - Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (APPMH)
         - Best Solo Performance - Bersama Akhirnya - Pujaan Hits 10 Nescafe
         - Best Supporting Actress - Maria Mariana - Anugerah Skrin (ASK)

1997 - Best Solo Performance - Korban Cinta - Pujaan Hits 10 Nescafe
         - Best Actress - Merah - Anugerah Skrin (ASK)
         - Most Popular Film Actress - Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
         - Best Pop Album - Puncak Kasih - Anugerah Industri Muzik (AIM)

1998 - Most Beautiful Artiste - Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (APPMH)
         - Best Ballad Song- Puncak Kasih - Anugerah Juara Lagu (AJL)
         - Best Music Video - Puncak Kasih - Anugerah Video Muzik Malaysia

2000 - People Choice 'Magazine Cover' - Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (APPMH)

2002 - Best Entertainment Show - Bersama Ziana - Festival Perdana, Singapore
         - Best Ballad - Menadah Gerimis - Anugerah Juara Lagu (AJL)

2003 - Choice Pop Song - Lembah Asmara - Anugerah ERA (AE)

2004
- Choice Pop Song - Bukan - Anugerah ERA (AE)
         - Best Dressed - designer Micheal Ong - Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
         - Idol Of The Decade - Anugerah Glamor URS

2010
- Mentor Sr4 Champion - Reality TV Competition, Mentor season 4

2012 - Best Dressed - designer Rizman Ruzaini - Anugerah Industri Muzik (AIM)
         - Most Stylistic Female Celebrity (Online) - Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
         - Best Dressed - designer Zery Zambry - Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
         - Hot Moms - Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (APPMH)

Recognitions 

1992 - Gold Disc for album Madah Berhelah (40 000 copies) by RIM
1993 - Platinum Disc for album Ziana Zain (60 000 copies) by RIM
1995 - 3x Platinum Disc for album Setiaku Di Sini (180 000 copies) by RIM
         - Setia Ku Di Sini Album listed in Tokyo Rockin' Seven Ninjas' Music Chart
         - Malaysia Books of Record - First female Singer to Win International Competition
1996 - Platinum Disc for album Ziana Zain Unplugged (80 000 copies) by RIM
1997 - 3x Platinum Disc for album Puncak Kasih (150 000 copies) by RIM
1998 - 3x Platinum Disc for album Best of Ziana Zain (100 000 copies)  by RIM
1999 - Platinum Disc for album Ziana Zain 99 (50 000 copies) by RIM
2002 - Platinum Disc for album Aku Cintakan Mu (45 000 copies) by RIM
2003 - Listed in 20 Most Glamorous Celebrity, GLAM Magazine
2004 - Listed in 20 Most Glamorous Celebrity, GLAM Magazine
2005 - Listed in 20 Most Glamorous Celebrity, GLAM Magazine 
2007 - Pre-printed Award, 4th Asian Prints Awards, Shanghai, China, InTrend Magazine
         - Guest of Honor for FENDI Sumer Collection Fashion Show at Great Wall of China, Beijing
2010 - Invited for LOUIS VUITTON photo-shoot at Baker House, Melbourne, Australia
         - No 2 Choice Celebrity of the Year by Media Hiburan Magazine
         - Most Stylistic Celebrity - murai.com.my
2011 - No 10 Fastest Trend Worldwide (AJL25 performance) - twitter.com
         - Top 8 Best Asia Angel Voice - hiab.com (Thailand)
         - No 6 Hot Asian Moms - manmade.com (United States)
         - Voted as Best Dressed at AIM18 - Facebook.com
2012 - No 8 Fastest trend Worldwide (ABPBH25 performance) - twitter.com   
 
Accolades

1996 - Bestowed the Bintang Perkhidmatan Cemerlang(BPC) by Sultan of Selangor
         - Awarded Selangor's Figure of Arts and Culture by Selangor Youth Council
2002 - Bestowed Darjah Sri Melaka (DSM)by TYT Negeri Melaka
2005 - Bestowed  Pingat Setia Ahmad Shah (SAP) From Sultan of Pahang
2010  - Awarded Jasa Bakti Seniman (JBS) by Yayasan Insan Melaka