Saturday, December 15, 2018

Ziana Zain - Nona Independent Women Award 2018


NONA Superwoman Award 2018 telah berlangsung pada 5 Disember 2018 bertempat di Sime Darby Convention Center dengan bertemakan "Inspirasi Wanita Bermula Di Sini". Acara ini telah memberi pengiktirafan kepada wanita menerusi 16 kategori yang merangkumi pelbagai bidang seperti sukan, motivasi, keusahawanan, hiburan dan lain lain.



Ziana sewaktu menerima trofi
Pada malam yang penuh intimasi dan meriah itu Ratu Pop Asia, Ziana Zain telah di beri pengiktirafan sebagai NONA Independent Woman Award 2018 di atas kecekalan beliau menempuh liku - liku kehidupan selepas berakhirnya mahligai perkahwinan yang terbina sejak sepuluh tahun dahulu. Ziana Zain hadir memukau hadirin dengan hasil karya 3-piece rekaan Seth & Luna Studio, solekan daripada Bobocinta dan karya turban daripada The Latifi. Ziana semasa di temuramah berkata " Bagi saya wanita yang independent adalah wanita yang cuba berdikari. Saya berterima kasih kepada team NONA yang berikan anugerah ini kerana ia secara tidak langsung memberi motivasi kepada saya untuk jadi lebih positif. Pada masa yang sama, saya cuba untuk terus berdikari demi masa depan saya dan anak -anak, InsyaAllah." Ziana juga bakal muncul dengan pelbagai projek istimewa tahun hadapan. Kami sebagai peminat setia Ziana Zain mendoakan semoga Kak G terus kuat dalam menempuh setiap rintangan dan terus mengeluarkan karya - karya yang bermutu untuk peminat. Sesungguhnya Ziana memamg layak di nobatkan sebagai Independent Woman of the Year.

Kredit : Gambar daripada Hafiz Abd Salam (Student Show) & Ziana Zain Network

Friday, December 14, 2018

NONA 2018


Kredit : Ziana Zain Network FB

Thursday, December 13, 2018

Saturday, March 31, 2018

Song of the Month - Chitose Bashi (千登勢橋) - Ziana Zain

Asia's Pop Queen, Ziana Zain belted out one of the famous Japanese folks' song Chitose Bashi (千登勢橋) in an album "Asian Voices" in year 1992. the original singer of this song is Mieko Nishijima (西島三重子). The song was composed by Nishijima herself and lyrics by Kenji Kadoya (門谷憲二).